CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaman Fasha Sandha Bolot Semua Tawaran Dah Berlalu

19-7-2022 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2629| Komen: 10

Description: Fasha Sandha mengakui sekarang sudah bukan masa untuknya membolot semua tawaran lakonan semata-mata demi mengejar populariti atau bayaran lumayan.
Fasha Sandha mengakui sekarang sudah bukan masa untuknya membolot semua tawaran lakonan semata-mata demi mengejar populariti atau bayaran lumayan.

Kata Fasha, situasi sedemikian pernah dilalui ketika zaman kemuncak kerjaya lakonannya beberapa tahun lalu. Di sebalik penat lelah menjayakan semua tawaran yang tidak pernah berhenti, dia bagaimanapun menyedari seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

Foto: IG

“Kalau dulu memang saya jenis tak pilih ‘job’ (tawaran), terima sahaja apa yang datang sampai kadang-kadang terkejar-terkejar dan tiada masa untuk diri sendiri.

“Tapi sekarang, benda macam tu sudah tidak boleh saya praktikkan lagi. Zaman itu sudah lama berlalu. Saya lebih rela terima satu naskhah yang beratus-ratus episod panjangnya dan melepaskan tawaran lain demi kualiti kerja.


“Mana-mana tawaran yang datang serentak, saya akan tengok dulu dan pilih salah satu yang bersesuaian. Kita pun tak nak susahkan pihak lain kalau jadi apa-apa masalah (disiplin) di kemudian hari nanti,” katanya.



Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, ditemui pada majlis tontonan episod kemuncak drama bersiri Dendam Seorang Isteri bertempat di Panggung Asia, di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai disiplin dan komitmen kerjaya yang diberikan 100 peratus serta dicontohi anak seni lain, Fasha menyifatkan cara kerja yang diamalkan selama ini menjadi resipi pihak produksi senang bekerjasama dengannya.



“Saya sangat berbesar hati apabila masih diterima dan diberikan pelbagai peluang lain sepanjang berada dalam bidang seni sejak 16 tahun lalu.

“Apa yang paling penting ialah keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan tak kira dalam lakonan atau bidang lain.

“Saya percaya untuk terus berjaya, perlu mengekalkan cara kerja dan berdisiplin dalam menjayakan sesuatu naskhah.

“Tak susah pun hendak bekerja dengan saya, cuma saya tidak suka membuat orang menunggu. Sejak kecil dan di sekolah, saya sudah diterapkan dengan disiplin yang tinggi iaitu apabila dilantik menjadi pengawas,” katanya.



Berkongsi mengenai kejayaan naskhah terbabit, Fasha tidak menjangka sambutan yang memberangsangkan daripada penggemar drama tempatan.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka daripada 80 episod, akhirnya kami menambah kepada 85 episod pula.



“Setiap naskhah yang saya jayakan mempunyai cabaran dan kelebihan tersendiri. Bukan mudah untuk saya menjayakan dua watak dalam masa sama.

“Lebih menarik, drama tersebut turut mencatatkan jumlah rating tertinggi iaitu 5.5 juta tontonan. Selepas sekian lama, akhirnya naskhah ini menamatkan siaran pada Jumaat lalu,” ujarnya gembira. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 19-7-2022 02:12 PM
aku minat Fasha
walaupun masa muda-muda dulu
hidup dia penuh warna-warni
tapi dia antara pelakon yang baik

sayang jodoh tak panjang dengan Jejai
padahal mereka tu sgt sepadan
sia-sia saja Fasha mencaras Jejai tu dari nogha
alih2 cerai juga
Quote seri_mawr 19-7-2022 02:19 PM
satu episod pun blm tgk lagi....panjang benor..huhuhu
Quote Lavender_Violet 19-7-2022 02:25 PM
Mcm telanjang sheols dlm gambar yg pakai dress warna nude tu
Apesal teruk sngt nmpknya?
Very clear nampak bra hitam sheols & legging yg dipakai
Pregnant ke sheols ni??
Yg baju merah tu pulak tang paha ketat, terkeluar semua selulit2 sheols
Anyway, perkahwinan skrg nmpk sngt membahagiakan sheols
Moga kekal till jannah
Quote epullipan 19-7-2022 03:13 PM
ko dok umah besarkan anak tenang2 suda la kak
Quote adeqbun 19-7-2022 03:48 PM
aik..tp mcm back to back je die shooting drama..sblm2 ni pon x serancak itu
Quote bulanbulat 19-7-2022 11:32 PM
Sapa  budak pompuan besar tu?
Quote bulanbulat 19-7-2022 11:32 PM
Sapa  budak pompuan besar tu?
Quote cikperiukkera 20-7-2022 12:02 AM
bulanbulat replied at 19-7-2022 11:32 PM
Sapa  budak pompuan besar tu?

Ank dia putri jemyma
Quote bulanbulat 20-7-2022 12:09 AM
cikperiukkera replied at 20-7-2022 12:02 AM
Ank dia putri jemyma

Omg i terlupa dia ada 2 anak dengan jejai. Igt boy ja. Besar dahh
Quote Lily_Elizabeth_ 20-7-2022 11:02 AM
Lawa photo masa muda dia tu.

Dia ni lawa tapi ada genetik jadi badan besar. Sian dia.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.423747 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top