CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Gila Ke Apa Bang?"-Isteri Terkejut Suami Basuh Kereta Sampai RM950

19-7-2022 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3902| Komen: 21

Description: Tular di TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah Hijanah yang terkejut apabila melihat resit pembayaran yang dilakukan oleh suaminya.
Tular di TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah Hijanah yang terkejut apabila melihat resit pembayaran yang dilakukan oleh suaminya.

Menerusi video tersebut, suaminya dilihat telah membuat pembayaran sebanyak RM950 untuk mencuci kereta di sebuah carwash parking.

Terkejut melihat harga ‘cuci kereta’ semahal itu, wanita itu telah memarahi suaminya yang sanggup membayar sebanyak itu demi kereta yang disayanginya.



"Lelaki bila cuci kereta, cuci kereta tau bukan beli kereta. Gila ke apa bang?"

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang terhibur memikirkan bagaimana lelaki itu hendak menjawab kepada isterinya.




Malah, ada juga yang memaklumkan bahawa servis cuci kereta yang dibuat itu turut melibatkan coating cat kereta bagi menjaga kualiti warna asal kereta.

“Dia buat coating lah tu,” tulis seorang lagi pengguna. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamagarik 19-7-2022 11:48 AM
Aku lagi 'terkejut' dengan reporter CARI ni..kenapa cerita dicedok dari TikTok disangkakan isu semasa???????
Quote Nham22 19-7-2022 11:52 AM
Mengadenyeeeeeee syial
Quote prettyuglybabe 19-7-2022 12:04 PM
zaman ni kedai ada yang jual macam kredit or membership..
kena bayar berapa ratus ikut pakej then dapat la kredit..
so kredit tu akan tolak tiap kali kau gi cuci kereta..
harga kalau cuci biasa tu standard je kot between rm15 ke rm30 ikut jenis kereta..
kalau wax polish tu mahal sikit la..
kalau coating harga tu, pada i murah la..
biasa coating cecah ribu..
Quote sarahmirza 19-7-2022 12:10 PM
Kereta tu kan alat memudahkan kita bawa family ke sana ke mari jalan sana jalan sini...
Semoleknya enjin dan aspek keselamatan yang diutamakan...bukan mekap luaran nampak cantik..

Btw suka hati dia la kan..duit dia.... Tapi kalau i yang bakhil ni, lebih baik duit terlebih2 tu simpan masuk tabunb untuk anak belajar kat U nnt....
Tidaklah nnt korang masuk group mak bapak lepas tangan anak nak belajar pun kena tanggung diri sendiri...

Dignity beb... Di mata anak2 korang.
Quote hareeeesah 19-7-2022 12:21 PM
Ala couple rider ni.. Tiba ² kaya raya takat post quote agama. Modus sama dulu susah itu je la dorg ni
Quote Thunderclouds 19-7-2022 12:26 PM
Another content tiktok wartawan cari pemalas wat modal 'news'
Quote shamsadis 19-7-2022 12:36 PM
prettyuglybabe replied at 19-7-2022 12:04 PM
zaman ni kedai ada yang jual macam kredit or membership..
kena bayar berapa ratus ikut pakej then da ...

kena ada kad, jika tiada kad, BNM akan declare scammer sebab mengambil duit orang awam. kedai2 yang ada fasiliti kredit ni, better buat kad ahli

Quote prettyuglybabe 19-7-2022 12:45 PM
shamsadis replied at 19-7-2022 12:36 PM
kena ada kad, jika tiada kad, BNM akan declare scammer sebab mengambil duit orang awam. kedai2 yan ...

ada kad rasanya.. ke apps.. but la ni banyak je service buat style macam ni..
suruh customer beli kredit..
macam beauty centre, massage, cuci kereta..




Quote dekmieDandy 19-7-2022 01:07 PM
ni bukan cuci biasa kan? buat detailing tu
Quote green~tea 19-7-2022 01:21 PM
prettyuglybabe replied at 19-7-2022 12:04 PM
zaman ni kedai ada yang jual macam kredit or membership..
kena bayar berapa ratus ikut pakej then da ...

betull.. i rasa ni just package cuci kereta and waxing jeeee.....


nano ceramic coating mmg cecah beribu2 sbb 7-10 tahun warranty and maintenance dia kasi cover
Quote ally9970 19-7-2022 02:10 PM
Tunjuklah full resit, baru boleh tahu harga tu utk apa... byk sgt content tiktok mcm ni sekarang.
Pemancing beli reel, bini ingat murahlah, rider beli brg motor, bini ingat murahlah, mcm2...
Membongak lapar like jer...
Quote Supersirap 19-7-2022 02:20 PM
Ada duit semua boleh
Quote iminidin 19-7-2022 10:11 PM
950 ni rate biasa kalau cuci luar dalam.. bukak seat, fully vacuum, silicon wax, mcm keta baru la jadinya..  kalau tambah coating, glass polish bagai.. ribu riban.. tapi puas hatiii...
Quote Carcosa 21-7-2022 11:57 PM
Hak alahhh.. Bini pun bodoh piang, budak class blkg.
Tu membership lah kot, mcm "Car International Car Wash" tu. Berlambak je company tu dkt mall2 punya basement. Aku beli premium punya membership, seribu lebih, ok je (sambil hembus kuku)

"Sebab tu lahaku malas nak bercampooh dgn Biforti"
Batakkkkkkk
Quote fifie_olin 22-7-2022 09:16 AM
xpe la sis duit dia
janji mkn pakai anak bini cukup
haa gitukkk
Quote salimrock 22-7-2022 11:34 AM
Edited by salimrock at 22-7-2022 11:35 AM

sebelum Pkp tu ada la iklan cuci kereta, dia hntr ke wassap

cuci kereta , cuci 6 kali, , kali ke 7 50% off

siap bagi kad / kupon ber cop

so aku tanya la kawan aku ni grab driver ( zaman sukan sea 2018 tak silap )

apsal ko baik sgt dgn car detailing ni, byk tul cop,

dia cakap haha abg salim ni tak tau maksud tersirat, ni bukan car detailing la, ni club masat2 kt wisma MPL, jalan raja chulan,

setiap kali pelanggan melanggan dpt 1 cop, 5-6 kali katanya dpt 1 percuma atau 50% off,

sebagai pemandu pula, dia akan dpt komisen, setiap kali kena cop, 5-6 kali dpt cop dpt la komisen...

yg dia bawak pegawai sukan sea, orang lelaki dr negara timur tengah,  ,

oh ye, abg nak g melanggan kan? barang dah power ke? ujarnya

ha ni ar, aku ada jual ubat kuat lelaki, jual dlm kereta grab dia haha...

dia cakap bila bawa customer, bouncer dia akan cop 1 kt tiket dia

tp takkan tiket tu nak letak perempuan massat kan? letak la car detailing

so bila di amati aku rasa tokey keday ayam ni, bila diorang nak masukkan duit diorang dlm bank, diorang akan channel kan ke car detailing atau cuci kereta,

bila pegawai bank tanya atau nak apply loan,

boss lu bisnes apa?

tokey : wa bisnes car detailing ma...

tp korang jgn la curiga dgn laki korang, kalo dia bawa balik kupon car detailng tu, mmg betul la dia jaga kereta...

tp kalo tokey car detailing tu asik wassap dia je... tu baru la ko kena curiga
Quote La_Quica07 23-7-2022 08:05 PM
Tulis dah kat resit tu coating mmg dalam harga tu la halah bini pun. Sembang2 la sama dgn laki tu jgn dok sembang dgn pengikut tiktok ajer, gituhh..
Quote WeAiNe 23-7-2022 10:05 PM
semua benda sekarang nak jadi content ek
kadang tu kreatif kadang tu macam bangang
Quote SedihPedih 25-7-2022 10:04 AM
riban2 pun ada dek..

kt ioi cty mall, iols pernah tya nk basuh aja rm 138 kot. Kosser la, patut la staff dia lepak2 aja.

Iols ada beli pakej from shine2 rm 4000, tu pun kalau pergi nk pakai coupon from pakej tu, dia kecek lg tambah mcm2.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049220 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top