CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuci Kapal Terpinga-Pinga Didakwa Bunuh Isteri Lepas Pantang Dan Anak Dua Bulan

18-7-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3794| Komen: 22

Description: Johor Bahru: Seorang pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi lelakinya, 4 Julai lalu.
Johor Bahru: Seorang pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi lelakinya, 4 Julai lalu.

Tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, 24, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, di rumah di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, di sini.

Foto: Harian Metro

Tertuduh juga didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari, di lokasi sama.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masing pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Danial Munir.

Terdahulu, Mohamad Amir yang memakai baju T hitam dan seluar biru, kelihatan terpinga-pingga dan sugul apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Adik lelaki tertuduh yang berada di galeri awam dilihat turut ditenangkan oleh ahli keluarganya selepas pertuduhan dibacakan.

Muhammad Qaiyyum tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain memohon tarikh sebutan kedua kes itu.

"Tarikh sebutan baharu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA (asid deoksiribonukleik).

"Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menyiasat keadaan mentalnya," katanya.

Mohd Zulhilmi kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh ke Hospital Permai, hari ini bagi menjalankan pemeriksaan tahap mentalnya.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Ogos depan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat, DNA serta keputusan ujian psikiatri tertuduh.

Pada 4 Julai lalu, tertuduh dilaporkan melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dipercayai mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-7-2022 12:28 PM
NI BETUL2 MENTAL KE KO BERLAKON JE
Quote hareeeesah 18-7-2022 02:16 PM
Panjang nama anak bila letak bin bapa sekali. Alfatihah utk arwah. Semoga betul la tak sihat & dapat kan la rawatan ye
Quote babelina 18-7-2022 02:22 PM
Allahuakhbar.. besar sungguh Ujian Allah beri pada dorg nie..
Quote elzy 18-7-2022 02:23 PM
Al-Fatihah dibaca kepada arwah isteri dan anak OKT..
Quote tomiko_haza 18-7-2022 02:28 PM
kesian..skang ni ramai beno org mental.
Quote mizruncing 18-7-2022 02:43 PM
kesian.. tak tau nak judge mcm mana. mesti dlm penjara nanges je bila sedar dia sendiri bunuh anak bini nyaaa
Quote mamajawie 18-7-2022 02:46 PM
bagus la takde ikat jamin..bukan apa datang angin gila isim dia mau jiran2 lalu depan uma dia pun dia libas pakai parang..orang kalu mentally unconscious ni toksah la kita berhusnuzon ye..kes gila isim terhanjeng tu kes bunuh bini keje petronas time bunuh cakap gila tapi kes faraid harta bini ehh elok lak otak dia sampai nak tuntut harta sepencarian..sialan tol
Quote Nuyak 18-7-2022 03:51 PM
macam bijak nak lepas diri terus bogel, boleh claim mental ill...kita tunggu je la kebenaran sebenar..
Quote Marunggey 18-7-2022 04:14 PM
Edited by Marunggey at 18-7-2022 04:16 PM

Siapa lah kita nak judge mereka² ni. Dari pembacaan ai,  bapa mertuanya sendiri kata OKT menantu yg baik dan dia  dan redha atas apa yg berlaku pada anak & cucunya. Kalau menantunya itu mmg sejak dr dulu bermasalah, tak mungkin dia cakap mcmtu. Juga kawan² sekampung pun akui OKT seorang yg baik dan tak percaya OKT  bunuh kedua isteri dan anaknya.

Takde isu gaduh laki bini pun sebelum kejadian kan? Mungkin ada benda yg jadi di luar akal waras manusia merasuki OKT waktu tu. Allhualam.  Begitulah ai cuba bersangka baik.
Quote shernazz 18-7-2022 04:19 PM
Kita tunggu keputusan di hospital.permai...
Iols dok bayangkan sakitnya kena kelar ty
Quote jazaa100 18-7-2022 04:22 PM
Marunggey replied at 18-7-2022 04:14 PM
Siapa lah kita nak judge mereka² ni. Dari pembacaan ai,  bapa mertuanya sendiri kata OKT menantu yg ...

Kau peenah jumpa statement org yg kena tangkap sbb membunuh ni waris kata dia jahat?.....

Semua kata okt baik, ank yg hormat orgtua...berakhlak mulia blablabla.....
Quote Marunggey 18-7-2022 04:33 PM
jazaa100 replied at 18-7-2022 04:22 PM
Kau peenah jumpa statement org yg kena tangkap sbb membunuh ni waris kata dia jahat?.....

Semua k ...

Ai cakap bapa mertua dia. Bukan bapa dia. Kalau mak bapak sendiri ofkos la mereka back up anak dorang. Mcm ai cakap awal² tadi siapa kita nak judge, Allah Maha Mengetahui. Ngerti??
Quote alieyrina 18-7-2022 04:39 PM
Harap bukan mental. Biar duduk dlm penjara sampai tua. Karang lepas risau gak  
Quote copy_paste 18-7-2022 04:48 PM
masa dia dah sedar,punye menyesal dah tu
Quote vee_zara 18-7-2022 04:50 PM
Kesiannya. First time rasa kesian kat org mcm ni. Umur pulak muda lg tu. Haihhh awat la skrg trend kawen muda. Bila kwen muda pastu ada anak pulak kadang mmg tak boleh galas tanggungjawab dengan baik. So adik2 kat forum ni enjoy la masa muda mu. Jangan la kawen awal sgt. Lelaki kalau nak kwen better 27 ke atas elok dah.
Quote chilly 18-7-2022 05:07 PM
vee_zara: Kesiannya. First time rasa kes ...


Btol. Pon begitu kalau dah agak lanjut umur tu jangan disauk ajer jejohntorn yang memang tunggu masa dapat ngap bini jackpot. Sama jugak dengan lelaki, jangan dikaut aje memana amberheard sebab sesal dulu pendapatan sesal kemudian pendapatan kau pon hilang.
Quote pearl.silver 18-7-2022 05:19 PM
Xde ke dia cite ingatkn dah sembelih kambing.

Ingat kes mana tah. Sembelih anak bini dia ingat dia sembelih lembu
Quote Decaffeinated 18-7-2022 05:26 PM
biasanya kalau disahkan mental acik2 akan kecewa

tak tau kenapa

Quote pooh~key 18-7-2022 07:34 PM
Decaffeinated replied at 18-7-2022 05:26 PM
biasanya kalau disahkan mental acik2 akan kecewa

tak tau kenapa

Sebab acik2 akan ingat dia lepas macam tu je ke sis?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061570 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top