CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Cukup Tidur- Jacyn Victor Gigih Cari Duit Lepas Bercerai, Sampai Tak Ada Masa Dengan Anak

18-7-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4438| Komen: 26

Description: Walaupun seakan kelihatan menyepikan diri, penyanyi bersuara tinggi, Jaclyn Victor atau lebih mesra disapa Jac baru sahaja menghasilkan single terbarunya.
Walaupun seakan kelihatan menyepikan diri, penyanyi bersuara tinggi, Jaclyn Victor atau lebih mesra disapa Jac baru sahaja menghasilkan single terbarunya.

Single yang sedang menanti masa untuk dikeluarkan. Ia juga akan menjadi runut bunyi sebuah drama nanti.

Menurut penyanyi lagu Gemilang yang berpisah dengan bekas suami, Shawn Rivera itu, dia kini tenang menjalani kehidupan bersama dua anaknya, Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5.

Jacyn Victor Gigih Cari Duit Lepas Bercerai, Sampai Tak Ada Masa Dengan Anak


"Cabaran saya sekarang ialah untuk memberikan lebih masa dengan anak-anak. Saya kena membahagi masa untuk diri sendiri, bisnes dan anak-anak.


"Saya kena atur masa persekolahan mereka dan bisnes. Tak cukup tidur itu biasa.



"Ini kerana dalam seminggu, lebih dari tiga kali luangkan masa di restoran selepas terbabit dalam urusan perniagaan sejak setahun lalu.

"Saya kena jaga akaun dan pengurusan perniagaan. Banyak yang dah saya belajar dalam tempoh dua tahun ini," katanya.

Biarpun mempunyai pembantu, baginya tidak sama dengan sentuhan belaiannya terhadap mereka.



Menurutnya, dia kini menceburi perniagaan berasaskan makanan dengan menjadi rakan kongsi kepada dua rakan di Bangsar dan Kota Damansara.

Jac, 44, kini bersyukur kerana restoran yang dibuka semasa pandemik Covid-19 bersama Geoff Leembruggen yang juga pemilik asal dan Shankar semakin mendapat sambutan.



"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nak dikatakan saya cool sangat itu tak juga. Semua orang bergelut untuk hidup.

"Saya tak fikir perlu bergelut tapi saya rasa macam satu ujian dan kena berlapang dada terimanya. Kita kena buat apa yang sepatutnya untuk hidup.

"Itulah yang buat saya menceburi bidang ini di Bangsar. Dah berusia dua tahun, manakala di Sunway Giza Mall dah setahun tiga bulan," katanya.


Jac berkata, dia sebenarnya tidak pernah terbabit dalam perniagaan makanan dan tidak pernah terfikir menceburinya.

"Bila industri seni antara yang awal dihentikan dan paling akhir dibuka semula, saya rasa kena buat sesuatu. Sebabnya kita penyanyi dan bukan macam orang lain.

"Bukanlah kata terpaksa atau nak cuba. Bagi saya buat sahajalah kalau bukan pasal duit pun kerana masa itu PKP tak boleh ke mana-mana. Jadi mental kena sentiasa berjalan.

"Ramai yang mengalami tekanan perasaan tak boleh kerja, keluar dan macam-macam. Dengan adanya aktiviti ini, otak kita berjalan," katanya.



Menurutnya, operasi restoran dimulakan sejak akhir Jun 2020 dan terus sukses sehingga kini.

"Ketika itu saya fikir ia satu peluang yang baik kerana orang tetap kena makan dan minum. Lagipun suasana di Bangsar sendiri ramai orang.



"Saya ambil peluang yang ada. Okeylah... kira berbaloi apa yang dibuat. Sejak itu sampai sekarang, saya fokus pada yang ini.

"Jangan fikir terlalu banyak. Saya ada ramai rakan kongsi dan jalanlah. Mereka pun ada banyak pengalaman," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 18-7-2022 12:09 PM
Dah 44y yaa umor dia..cepat ja masa berlalu..tuhari masa dia join MI aii sekolah lagi..tapi at her age now mmg struggle la nk besarkan ank2 as single mum..dgn economy tak stable..tapi yg bagusnya takdak la dia meratib serata medsoc hidup dia
Quote rosedemon 18-7-2022 12:24 PM
cepat2 lah cari orka
Quote jlo 18-7-2022 02:14 PM
comei2 anak dia..
Quote dudaberhias 18-7-2022 02:18 PM
mujur dapat repair genetik
takpelah jac banyak2 kan kerja demi masa depan anak2...
heshe pun dah lama tak bawak keluar lagu padahal lagu intro majalara memang sangat iconic...
intro drama sekarang masih tetap haus nan sendu... start intro sahaja dah kalih ke channel animal planet

belum lagi tengok hero dan heroin.. kalau hero si kucing kurap dengan si kemut rasanya dah lontar tv kot tingkap dan kambus belakang rumah...

[youtube]lw4S_b4VP8U[/youtube]

Quote mamajawie 18-7-2022 02:57 PM
dudaberhias replied at 18-7-2022 02:18 PM
mujur dapat repair genetik
takpelah jac banyak2 kan kerja demi masa depan anak2...
heshe pun d ...

masalahnya produser pengarah sume suka amik kemut n kucing mata kero tu jadi hero heroin..iollss pun cam nak humban tv kat belakang rumah tapi sayang sebab malas nak beli baru..uhuk3

Quote lasagna 18-7-2022 03:30 PM
tabah sungguh kaka Jac. dah ler putus dgn asben yg jauh, tu anak2 lagi trpisah dgn dedi. so nti nk brjmp jauh2 ke USA kena duit lagi, nasib laa ada kwn2 share partner ajak berbisnes. or else kena gigih jua laa kehidupan.
Quote cikperiukkera 18-7-2022 04:05 PM
Setia betul aci jac dgn rambut tempurung cut ni... riri pn dh x buat cut mcmni lg...btw bagus jac diam2 je bsrkn ank2...xde nk meratib hiba mcm rakan2 retis lain...akulah terpaling ibu tunggal yada yadaaa
Quote nakkomenjugak 18-7-2022 05:32 PM
still maintan slim riverrrrrrr
Quote orkidorkido 18-7-2022 05:43 PM
orkid_amani replied at 18-7-2022 12:09 PM
Dah 44y yaa umor dia..cepat ja masa berlalu..tuhari masa dia join MI aii sekolah lagi..tapi at her a ...

She has husband now. Not single mum. Mat saleh.
Quote samshik 18-7-2022 07:43 PM
Chillex jer die bela hanak.. Beza ngn nek ritrud.. Setiap masa mencerca bks suami..
Quote ashilalat 18-7-2022 07:55 PM
Omputih ceraikan dia x payah bayar nafkah anak ke?

Quote sleepandream 18-7-2022 08:15 PM
orkidorkido replied at 18-7-2022 05:43 PM
She has husband now. Not single mum. Mat saleh.

kekdahnye... iols pun baru tau....
dah lama ke sheols kawin baru?
Quote SpyLeman 18-7-2022 08:19 PM
cikperiukkera replied at 18-7-2022 04:05 PM
Setia betul aci jac dgn rambut tempurung cut ni... riri pn dh x buat cut mcmni lg...btw bagus jac di ...

Mengata Acik ritrude letteee
Quote RVP20 18-7-2022 08:20 PM
Eh ada kenalan I bagitahu Jac dah kahwin la ..
Quote cicicumel 18-7-2022 08:27 PM
RVP20 replied at 18-7-2022 08:20 PM
Eh ada kenalan I bagitahu Jac dah kahwin la ..

Spill the coffee plss
Quote I.K.A888990 18-7-2022 11:14 PM
anak2 dia comey betul
Quote orkid_amani 19-7-2022 12:01 AM
orkidorkido replied at 18-7-2022 05:43 PM
She has husband now. Not single mum. Mat saleh.

Ooh ya ka..bila kawen nya tu? Xtau pun dah kawin
Quote Suchi 19-7-2022 12:06 AM
nakkomenjugak replied at 18-7-2022 05:32 PM
still maintan slim riverrrrrrr

Dia rajin pi gym dan mmg jenis jaga badan sejak dulu.
Masa pregnant pun dia aktif pi gym tup2 eh dah beranak. Dahla beranak czer, seminggu baru beranak elok je dia nyanyi live atas pentas.
Tak nampak mcm org baru beranak pun, nmpk sihat bertenaga badan pun tetap slim. Nih umur dah 44 pun tak nampak mcm tipikal amma2.
Quote buragazz 20-7-2022 01:16 PM
cikperiukkera replied at 18-7-2022 04:05 PM
Setia betul aci jac dgn rambut tempurung cut ni... riri pn dh x buat cut mcmni lg...btw bagus jac di ...

Siot ar @cikperiukkera terbahak aku gelak ko Aci kan Jac... adoii bikin hal betul...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.089316 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top