CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya Takut Penonton Jemu Asyik Tengok Muka Dia Je Di TV

20-7-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3965| Komen: 38

Description: Zara Zya meluahkan rasa bimbang apabila dua drama lakonannya iaitu Honey Moon dan Risik Pada Hati kini ditayangkan secara serentak di saluran TV3.
Zara Zya meluahkan rasa bimbang apabila dua drama lakonannya iaitu Honey Moon dan Risik Pada Hati kini ditayangkan secara serentak di saluran TV3.

Tampil dengan dua genre berbeza, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak mahu penonton membandingkan lakonannya dalam dua drama tersebut selain bosan melihat wajah sama di kaca televisyen.

Foto: IG

"Takut juga nanti orang katakan asyik muka sama sahaja di televisyen. Sedangkan orang tidak tahu penggambaran salah satu drama itu sudah lama dilakukan.

"Dua drama ini pula genre berbeza, jadi bimbang nanti orang akan bandingkan lakonan saya. Kalau boleh saya mahu dikenali sebagai pelakon versatil," katanya kepada mStar.




Zara ditemui ketika sidang media drama Honey Moon yang berlangsung secara atas talian pada Selasa.

Menerima cabaran berlakon drama genre komedi, kata Zara ia bukanlah sesuatu yang mudah meskipun pernah menerima tawaran sebegitu sebelum ini.



Sementara itu, Zara juga memberitahu dia bersikap lebih selektif dalam menerima mana-mana tawaran supaya dapat mengekalkan kualiti sebagai seorang pelakon.

"Berlakon drama komedi bukannya mudah. Susah nak buat orang terhibur dan bimbang jika lakonan nama tidak natural. Jadi dalam drama ini saya banyak mengikut idea pengarah.

"Dalam menerima tawaran berlakon, memang saya memilih. Tetapi sekarang ini semua karakter yang diberikan sangat menarik, justeru tak perlu memilih," ujarnya.



Zara bergandingan bersama Ben Amir dalam drama arahan Pali Yahya itu.

Drama Honey Moon ditayangkan di slot Lestary, TV3 bermula 16 Julai lalu.



"Ketika awal di lokasi penggambaran, keserasian dengan Ben agak susah kerana dia pendiam dan banyak buat hal sendiri.

"Jadi saya lebih mendekati dia untuk kurangkan rasa malunya. Ben adalah seorang pelakon yang sangat 'memberi' dan mudah bekerjasama," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 20-7-2022 10:29 AM
dia nie klau blakon mmg x tgk cermin agknya.. bj2 dia teks menonjol btl.. hahaha..dulu freehair xper la.. skrg dh btudung pn sama.. tp x minat dia.. rasa nya dia blakon x wow pn\..
Quote jijilaaa 20-7-2022 10:34 AM
best je ak tgk dia berlakon dalam cite petang2 tu...
Quote SherryZass 20-7-2022 10:42 AM
Baju biru tu kenapa dah macam teks layut jah Adoi, tak sesuai langsung, tutuplah sikit kat dada tu.
Quote Mary_jane 20-7-2022 10:42 AM
Best tengok dia berlakon, bernyanyi pun okay maklumlah kiter kan tone deaf.
Quote Cokoro 20-7-2022 10:59 AM
Hritu maraton cite zahira. Drama honeymonn tu lawak tak mnjadi ah. Mcm over sikit
Quote lucky_peace 20-7-2022 11:55 AM
dia dah bertudung eh?
Quote cmf_Strawberry 20-7-2022 12:20 PM
Dia berlakon tak best pun dan i rasa pengarah Pali Yahya tu je suka ambil dia.
Quote Puteri19 20-7-2022 02:55 PM
My feveretttttt.....
Quote kechikchomel 20-7-2022 03:03 PM
Edited by kechikchomel at 20-7-2022 03:05 PM

tapi iolss rasa macam kelakar pulak.
kalau ikut umur, UN muda dari ZZ ni. tapi dalam citer petang2 tu ZZ panggil UN kakak. nak kata hormat org tu as 1st wife, rasanya sebelum kawin pun dah panggil kakak.


tak pe la kan, beza umur belas2 tahun pun boleh berlakon jadi mak anak.
Quote debab_78 20-7-2022 03:04 PM
kalau la janna nick n ain adruce tu boleh pk mcm zara zya ni kan......
Quote azimodin 20-7-2022 03:12 PM
Over la citer honey moon tu. Memang la orang yg badan besar ni ada yg berpewatakan comel (i.e yusni, shanie) tapi bukan terkedek2 cam gorilla kelaparan. Pastu pakai bodysuit gemok tapi muka secoet. At leat tepek la silicone kat dagu & pipi bagi nampak chubby. Cer la belajar dengan cerita korea. Even thailand pon pandai bagi nampak gemok2 sikit
Quote ezacbee 20-7-2022 03:21 PM
SherryZass replied at 20-7-2022 10:42 AM
Baju biru tu kenapa dah macam teks layut jah  Adoi, tak sesuai langsung, tutuplah sik ...

Salah baju tu. Lain macam layut.
Quote SherryZass 20-7-2022 03:34 PM
ezacbee replied at 20-7-2022 08:21 AM
Salah baju tu. Lain macam layut.

haha ya chuolls, maybe kain baju tu jenis melekat & mengikut segala lekuk dibadan, tu pelik jah bentuknyaa
Quote Kancilkering 20-7-2022 03:36 PM
biasa je dia nih…dengan ben amir tu berlakon macm kelakar tapi  x kelakar….

Quote missyL 21-7-2022 01:50 AM
azimodin: Over la citer honey moon tu. M ...


Ptt amek je la pelakon plussize teros.
Ke nanti jdi kurus.

Klo xde pelakon sesuai
Buat la audition carik muka baru
Yg plus size
Mmg xkne sgt badan besar tgn kecik muka Kecik
Quote Lampuled 21-7-2022 02:05 AM
Ok je dia ni berlakon. takde la contrl cun je or kayu.
Klau rasha rizrose tu i tak boleh.
Quote I.K.A888990 21-7-2022 02:26 AM
suka tgk chemisyry dia dgn aliff
best kdg tgk dia berlakon
Quote Perawankota 21-7-2022 03:37 AM
Dia berlakon sedap jer.

Anyway, aku selalu terpikir, agaknya kalau pemakaian tudung ni cuma wajib pakai yg ala2 purdah, x leh pakai ikat belakang apa semua ni, Rasa2 ramai tak artis yg pilih nak pakai tudung?

Tanya je, jgn hencap ok
Quote pauliza 19-8-2022 06:11 PM
Best drama Honeymoon tu .Malam ni dah episod last .Suka chemistry sheols & Ben Amir ,hero heroin sengal ubi

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057993 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top