CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Upload' Gambar Wanita Tak Bertudung Di Mekah, Netizen Pertikai Niat Nurul Zahid

19-7-2022 03:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7970| Komen: 87|Original author: Tatod

Description: Anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid yang berkesempatan menunaikan ibadah haji baru-baru ini memuat naik beberapa keping gambar seorang wanita ...
Sumber IG 


Anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid yang berkesempatan menunaikan ibadah haji baru-baru ini memuat naik beberapa keping gambar seorang wanita tidak bertudung ketika berada di kafe Starbucks di Makkah.

Menerusi hantaran tersebut, katanya, dia terkejut melihat wanita berkenaan tanpa rasa serba salah menanggalkan tudungnya. Tidak pasti agama atau tujuan wanita itu datang ke Makkah, Nurulhidayah ingin menegur perbuatan tersebut namun dihalang suaminya.


Sumber IG

"Akhir zaman gais. Akhir zaman. Semalam saya di Starbucks ZamZam Tower, Makkah. Saya terkejut pertama kali menyaksikan di depan mata saya seorang wanita dengan selamba melepaskan tudungnya.

"Saya tak pasti dia beragama apa selepas Saudi membuka ruang 'tourist visa', adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Makkah atau wanita ini sedang mengalami masalah mental? Wallahualam.


"Saya mahu bertindan bangun dan bertanya tetapi dihalang oleh suami. Ya Allah, bantu kami pelihara agamaMu. Inilah akhir zaman," coretnya.

Menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengatakan tindakan Nurul berkongsi perkara sama seperti menyebarkan aib wanita berkenaan.

Sumber Lobak Merah

Mempertahankan tindakannya, Nurul bertindak menutup ruangan komen kerana katanya hantaran berkenaan tidak memerlukan pandangan atau pendapat dari sesiapa pun.

"Saya off comment kerana posting ini tak perlukan komen sesiapa. Ia hanya untuk FYI (for your info). Yang non-muslim pun komen macam ustazah. 

"Bukan bertudung itu menunjukkan kita baik tetapi jika non-muslim pun, dia patut menghormati tempat kat mana dia berada,"  tulisnya lagi. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 19-7-2022 04:14 PM
Mekah? Takde pulak kene tegur dengan memana pak arab.
Quote fair_iza 19-7-2022 04:19 PM
Dia pergi mekah pun minum kt stabak. Sibuk nk cr dosa org lain, x cukup malaya, kt mekah pn boleh.
Quote dani-rox 19-7-2022 04:23 PM
apasal ko tak tegur face to face? kata kaklong kawasan.
post dlm socmed apa tujuan ngko wahai antu gigi? ko nak ajak org beramai2 kutuk la kan? sikit2 akhir zaman... korang anak beranak seleweng duit jota2 ringgit aman2 jah ke sana ke mari dgn muka tebal mengalahkan kulit badak. dasar keturunan caprut.
Quote cikatilia 19-7-2022 04:39 PM
ajak2 ramai2 mengumpatkah kak
Quote sharlenetexas 19-7-2022 04:50 PM
Kaklong nmpk putih sbb drip ke?


Quote scorpionkiki 19-7-2022 04:53 PM
Yg bapak songlap duit buat2 tak nampak ...
Quote Nham22 19-7-2022 05:00 PM
Sejak kurus lain pesen perangai die.. Over
Quote umbut 19-7-2022 05:05 PM
Mana2 pun menyibukkkk si kening jungkit ni.
Quote prettyuglybabe 19-7-2022 05:11 PM
takde pulak kena bedal dengan pak arab ek..
ke depan kaabah je tak boleh buka aurat, luar masjidil haram tu dah boleh berbogel?
Quote mizruncing 19-7-2022 05:14 PM
pelik jgk takde org nak tegur ke? mcm bukan islam je. but to kaklong nasib laa kau buat baik pon org tetap kecam. bersyukur jelaa kau dpt jejakkan kaki kt makkah tu
Quote felinecat 19-7-2022 05:16 PM
apesal x tegur bapak2 perompak..bukan babi je haram tau, merompak, merasuah pon haram.ambil gambar sekali
Quote meteorspeed 19-7-2022 05:17 PM
scorpionkiki replied at 19-7-2022 04:53 PM
Yg bapak songlap duit buat2 tak nampak ...

Tue la pasal...
Quote naina 19-7-2022 05:17 PM
Wehh kenapa dia putih sekarang ni
Dia buat diet apa
Quote white_musk 19-7-2022 05:23 PM
Edited by white_musk at 19-7-2022 05:24 PM

sekurang2nya dia dah pergi ke sana... dapat tengok kaabah,
adik2 semua belum tentu lagi taww

Quote syamzana 19-7-2022 05:24 PM
betul jugak komen2 tu sume. dari beberapa kerat je nmpk aurat pompuan tu sbb kan dia habis beribu org tgk. tak ke bodo piang namanya tu. dasarrrr. baru setel buat haji pun gigih cara tepi kain org.
Quote _blackbird 19-7-2022 05:37 PM
zam zam tower ni mall + hotel kan? bukan dlm masjidil haram pon. luar tapi dekat la. kalau dia non muslim pon ada masalah ke berlegar2 luar masjidil haram? tak kan. kang kalau non muslim pakai tudung pastu buat onar nnt muslim kang bising kata kapir laknat dengki buat onar hina muslim
Quote jfq 19-7-2022 05:39 PM
Dia nak cerita dia gi minum kat stabak mekah sebenarnya
Quote jfq 19-7-2022 05:40 PM
Edited by jfq at 19-7-2022 05:43 PM

Sikit2 akhir zaman. Org bukak tudung aje pun dari dulu pun ada camni
Quote redz85 19-7-2022 05:42 PM
baru habis buat haji wajib perasan level wali ...

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055834 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top