Baru-baru ini, tular kisah pasangan suami-isteri dari Sabah menyediakan ruang solat untuk pekerja pembinaan rumah mereka.
Menurut wanita dikenali sebagai Wendy Gwen, hatinya tersentuh hingga menitiskan air mata selepas melihat pekerja pembinaan yang beragama Islam sedang menunaikan solat di tepi pagar rumahnya. Menurut Wendy, dia terkilan kerana tidak peka dengan keperluan tukang rumahnya dan terus memaklumkan hal tersebut kepada suaminya.
Tanpa melengahkan masa, suami Wendy terus membeli sebuah kanopi kecil selain menyediakan tikar kecil untuk memudahkan urusan mereka beribadah ketika bekerja. Dalam perkongsian itu, Wendy menganggap kejadian berkenaan sebagai teguran Tuhan untuk menguji tahap keimanan dirinya. Kata Wendy, kejadian itu juga memberi peringatan kepada kita semua agar tidak menilai manusia mengikut taraf sosial mereka. Malah katanya, setiap manusia perlu dilayan sama rata walaupun mereka kurang berkemampuan. Tangkap layar posting Instagram Wendy turut dikongsi menerusi laman Facebook Abang Just Sebarkan sehingga meraih pujian ramai netizen yang kagum dengan sikap mereka. Sumber: mStar
|
Tembikaigoreng replied at 19-7-2022 03:12 PM
Temenitik LOL
babelina replied at 19-7-2022 04:37 PM
aku pn skrg nie cuba solat maghrib dulu.. ini x.. asyik tunggu kn drama hbs jer..
Moga kita semua s ...
gideoncross replied at 19-7-2022 04:57 PM
Failed BM haha tpi x out of topic, habit mcm ni yg sngt d hormati. Kat tmpt iol krja dlu plak ruang ...
gideoncross replied at 19-7-2022 04:57 PM
Failed BM haha tpi x out of topic, habit mcm ni yg sngt d hormati. Kat tmpt iol krja dlu plak ruang ...
ainonymous replied at 19-7-2022 03:33 PM
cantik nya acik wendy ni. wangi je
Tembikaigoreng replied at 19-7-2022 05:55 PM
Banyak je macam Tu...ingat lagi dulu time lepasan SPM, daku carik kerja part time...tapi tauke tu ...
Buritan replied at 20-7-2022 11:50 AM
Kenkadang nasib kita ni mcm mcm.. patutnya tkdr sis dpt kedai lg satu dan kwn sis tuu dpt kodai be ...
Tembikaigoreng replied at 19-7-2022 05:55 PM
Banyak je macam Tu...ingat lagi dulu time lepasan SPM, daku carik kerja part time...tapi tauke tu ...
babelina replied at 19-7-2022 05:44 PM
i ols sebaik la boss ni walau bkn muslim, bg izin solat kt meeting room..alhmdulillah syukur..
bkn ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
4-5-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054816 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.