CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Melonjak Tinggi, Golongan Gay Beratur Panjang Dapatkan Vaksin Cacar Monyet

19-7-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2138| Komen: 9

Description: NEW YORK – Lelaki berumur 20 hingga 40 tahun berbaris panjang kelmarin untuk mendapatkan vaksin cacar monyet di New York yang menjadi lubuk wabak berkenaan di Amerika Syarikat (AS).
NEW YORK – Lelaki berumur 20 hingga 40 tahun berbaris panjang kelmarin untuk mendapatkan vaksin cacar monyet di New York yang menjadi lubuk wabak berkenaan di Amerika Syarikat (AS).


Situasi sebuah sekolah tinggi di Bushwick, Brooklyn yang diserbu orang ramai tidak ubah seperti pusat vaksinasi Covid-19.

Rata-rata penduduk yang hadir memberitahu agensi berita AFP bahawa mereka bernasib baik kerana berjaya mendapatkan temu janji berikutan kekurangan bekalan vaksin cacar monyet di New York.

Foto: AFP

Sebanyak 9,200 temu janji boleh ditempah oleh orang ramai menerusi laman web pentadbiran New York setakat pukul 6 petang Jumaat lalu.


Semua slot tersebut habis ditempah dalam masa tujuh minit sahaja.

“Ia sungguh mengecewakan terutamanya semasa Covid begitu banyak vaksin disediakan dan proses pelalian juga teratur,” kata penduduk tempatan, Aidan Baglivo, 23, kepada agensi berita AFP

Bandar raya yang didiami lebih 8 juta penduduk itu menyaksikan jangkitan cacar monyet melonjak minggu lalu dengan 461 kes direkodkan sejak wabak di AS bermula Mei lepas.

Angka itu meningkat daripada 223 kes pada Isnin lalu.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti cacar monyet yang berjangkit menerusi sentuhan fizikal. Bagaimanapun, vaksin Jynneos yang diberikan kepada penduduk New York itu terhad kepada lelaki homoseks. Ia berikutan golongan itu merangkumi kebanyakan pesakit cacar monyet ketika ini.

Ramai individu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bimbang bahawa komuniti mereka akan terus dikecam disebabkan virus cacar monyet.

Bandar raya New York telah memberikan atau menjadualkan sejumlah 21,500 dos vaksin cacar monyet setakat ini dan berharap proses vaksinasi dapat disegerakan dengan lebih 30,000 dos dijanjikan untuk seluruh negeri New York. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 19-7-2022 10:30 AM
diciptakan sesuatu wabak itu bagi golongan tertentu
Quote mojarean_X 19-7-2022 10:32 AM
uiisshhh...ngerinya
Quote KamikuP 19-7-2022 11:15 AM
Mohon lgbtq kat Msia ni pun kene juga
Quote Mary_jane 19-7-2022 12:11 PM
Ummah lgbtq tersenyum sinis.
Quote elzy 19-7-2022 12:13 PM
Sama saja fesyen gay ni..
Quote Itzy 19-7-2022 08:09 PM
Rupa2nya virus2 ni dixipta oleh saintis2 barat untuk menepati perintah world and order freemason. Jadi inilah yang Allah katakan dalam ayat Quran yang kerosakan di muka bumi ni berlaku atas sebab tangan2 manusia itu sendiri. Patut la ada ayat segala yang baik datang dari Allah dan segala buruk dari manusia. Dulu2 mana ada virus2 ni semua. Bila ilmu pengetahuan jatuh ke tangan2 kafir, mereka mula rancang benda2 jahat dan pelik untuk memenuhi hawa nafsu dan akal jahat mereka. Akibatnya manusia2 lain terpaksa menderita. Paling kesian kat kafir dah la kat dunia hidup sekejap lepaa mati kena seksa selamanya di neraka. aduh.
Quote Daiken 29-7-2022 05:48 PM
golongan LGBT ni orang ramai cakap taknak dengar LGBT HARAM boleh bawak MUDARAT...WHO bagi tau baru nak tau takut...lain kali WHO kena keluarkan banyak statement gini dan ceramah baru ada akal sikit spesis ni
Quote BartholomewKuma 31-7-2022 07:26 AM
Depa kata depa normal depa kataaaaa. Mujoq buleh cacar beruk ja. Kalu buleh jerkah malekat supa kaom nabi lut tu lagi naya. Padan muka hangpa. Dok menala pungkoq lagi. Padan muka
Quote SalenaGomez 31-7-2022 08:11 AM
Agak2 sambil beratur tu, sesambil ngorat x??

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.302007 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top