Oleh : Fyruz Hanna
Jika kita imbas kembali:
3 Julai 2015 - Wall Street Journal melaporkan sejumlah 2.6 bilion ringgit dikreditkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang bulan Mac 2013 sehingga Disember 2014. WSJ kemuka 'bukti' aliran wang ke akaun Najib
3 Ogos 2015- Suruhanjaya pilihanraya SPRM memaklumkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan di dalam akaun peribadi Najib merupakan wang daripada dana penderma. RM2.6 Billion Adalah Daripada Penderma, Bukan 1MDB" - SPRM
3 Ogos 2015 - DAP tolak cadangan supaya setiap parti mendedahkan sumber dana politik. Tindakan DAP cetus
persoalan sumber dana politik
-----------------------------------------------------------------------------------
Walaupun ketiga-tiga kenyataan diatas tiada kaitan namun, jika kita lihat setiap kali pilihanraya yang berlaku, pasti kedua-dua pihak bertanding bertelagah serta versi tuduh-menuduh berlaku dari mana datangnya dana untuk berkempen dan seumpamanya.
Semua sedia maklum, dari segi jumlah keahlian parti politik dengan bayaran yuran yang minimum, tidak dapat dipancarkan dengan kemewahan berkempen setiap parti setiap kali menjelang pilihanraya. Ternyata semua ini tidak murah dan memerlukan kos yang tinggi. Namun soalan mula timbul, dari mana datangnya wang yang disalurkan?
Jika dahulu perkara in pernah dibangkitkan oleh SPRM dalam menghapuskan amalan rasuah dengan mendedahkan sumber dana politik namun usul ini tidak disokong penuh oleh semua pihak.
Dibawah program Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mencadangkan inisiatif membanteras rasuah dengan mengawal pembiayaan politik dan menyiasat penyalahgunaan dana di bawah NKRA.
Dengan bahasa mudahnya, semua dana yang diterima perlu didedahkan dari mana datangnya sumber dan segala dana haruslah tidak melampaui sehingga sumber dana itu sendiri meragukan.
Jom kita lihat amalan yang dilakukan di negara luar:
Amerika Syarikat - Dana awam hanya terbatas bagi pilihanraya Presiden termasuk proses pemilihan calon oleh Parti
UK - Tidak mempunyai kewangan awam yang besar kecuali geran pembangunan dasar di Parlimen Scotland
Mengapa pentingnya dana politik diaktakan? Melalui garis panduan serta kuat kuasa undang-undang ke atas dana politik, ia mampu mengawal politik rasuah yang sememangnya memberikan kesan besar pada negara selepas pilihanraya.
Jika kita lihat, parti dengan dana yang lebih pastinya boleh membeli 'rakyat' walaupun bukan secara keseluruhannya dan ia akan memakan masa depan negara itu sendiri kerana hak rakyat dinafikan oleh kerana politik wang ini.
Selain berlaku ketidakadilan yang ketara dalam kesamarataan dengan membenarkan mereka yang memegang kuasa ekonomi selesa dengan pengaruh politik yang besar.
Bahkan, ia mencerminkan kerajaan pimpinan yang menggunakan 'politik rasuah' sebagai tunggak peneraju kerajaan sebagai kerajaan yang lemah di mata dunia. Kuasa besar pastinya akan mudah melihat Malaysia sebagai umpan. Maka yang akhirnya kita dijajah dalam bentuk wang.
Sewajarnya semua pihak kini menyokong saranan Datuk Seri Najib Razak dan usaha SPRM dengan menyokong akta dana politik bagi menjamin Malaysia sebagai negara yang berdaulat tanpa dibayangi dengan kerajaan rapuh.
sumber: sinar harian, Astro Awani, Utusan, Wikipedia.
|
21
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
42
Sedih |
28
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mohabbatein replied at 5-8-2015 06:54 PM
x jugak.. sape ada duit. ada kuasa mesti lah main duit
eco_internet replied at 4-8-2015 01:00 PM
Guan Eng: DAP never even approached on political funding law
GEORGE TOWN, Aug 3 – DAP was never ...
ADVERTISEMENT