CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Yang Masuk Ke Dalam Tubuh Bayi adalah NUTRIEN Bukannya DNA Lembu'...

11-8-2015 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 37097| Komen: 276|Original author: lorelai

Description: gene bayi yang berada didalam kandungan atau anak kecil adalah lebih sensitif terhadap makanan yang diambil....

Oleh Fyruz Hanna



Berbicara mengenai lembu, baru-baru ini membuatkan ramai daripada kita yang 'panas' dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang ustazah dalam satu rancangan dan temu bual.


Ibu mana yang tidak sayangkan anak, ibu mana yang tidak mahukan terbaik buat anak. Oleh kerana kekangan masa serta kepantasan waktu, wanita dilihat tidak lagi menyusukan bayi mereka dan lebih memilih untuk menggunakan khidmat susu formula.


Jadi salahkah wanita yang tidak menyusukan anak dan memilih susu formula?


Tidak salah sama sekali, malah daripada membiarkan anak kurang nutrisi dan kelaparan ada baiknya juga memberi anak dengan susu formula ini kerana komposisi susu lembu secara umumnya tak jauh beza dengan susu ibu tetapi konsentrasinya sahaja lebih sesuai untuk perkembangan anak lembu.



Jadi salahkah ustazah tersebut dengan kenyataan itu?


Saya menulis sekadar pada bahan bacaan di laman sosial dan tidak menonton rancangan tersebut, jadinya saya beranggapan tidak salah apa yang dikongsi ustazah tersebut namun mungkin salah dari segi penggunaan kata yang sesuai.


Seperti yang ditulis oleh Dr Elies Alis dalam blognya, sorang pakar yang juga seorang saintis Biomaterial and Tissue Engineering, beliau memberikan penjelasan bagaimana 'gene expression' mampu mengubah kelakukan manusia dengan pemakanan.


Menurut pakar tersebut, genetik manusia boleh berubah melalui proses yang dinamakan Epigenetics. Perkara ini disokong oleh kajian yang dibuat saintis yang menemukan perbezaan ketara pada 146 genes di antara bayi yang menyusu ibu dengan susu formula.


Perlu diingat gene bayi yang berada didalam kandungan atau anak kecil adalah lebih sensitif terhadap makanan yang diambil. Namun semakin meningkat dewasa, pemakanan mungkin tidak lagi mempengaruhi perubahan genetik ini.



Kebaikan susu ibu

Seperti yang diterima semua, susu ibu merupakan susu yang terbaik yang mampu melindungi anak daripada pelbagai penyakit.


Tahukah pembaca, di negara-negara maju seperti United Kingdom, hampir 80% ibu menyusukan anak mereka dan perlu diingatkan penyusuan ibu kepada bayi adalah satu sifat natural dan semulajadi, ini kerana hampir semua ibu yang melahirkan secara fizikalnya mampu menyusukan anak mereka. Masalah berkaitan psikologi merupakan antara penyebab besar banyak ibu tidak mampu menyusukan anak termasuk ibu-ibu di Malaysia.


Bagi ibu-ibu diluar sana, jangan cepat berputus asa, teruskan menyusu anak anda walaupun susu anda tiada. Ketahuilah, pengeluaran susu ibu itu adalah berdasarkan faktor permintaan. Lagi kerap anda beri anak susu, maka ia akan memberi isyarat pada tubuh yang mana bayi anda memerlukan lebih banyak susu dan sekaligus badan akan bekerja untuk menghasilkan susu.


Walaupun sesetengah ibu sakit semasa permulaan menyusukan anak, ia bukan halangan untuk anda cuba kerana banyak alat bantuan untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Semoga wanita zaman kini lebih bersabar dengan segala kepayahan kerana (tak semua ibu mudah menyusukan) demi membekalkan nutrisi yang terbaik buat bayi anda. -CARI Infonet.


sumber:DrElies, Wikipedia, Ukbreasfeedingstat,DrHafizdKhairul


3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote johnazizul 8-8-2015 11:26 AM
Kalau setakat share screec capture 3keping yg org lain lak tu yg capture... Tanpa tgk the whole show.. Baik xpayahla...
Quote CrowneGlory 8-8-2015 11:27 AM
So patutla ramai perangai mcm natang...

Semlm sambil masak dgr rcgn tanyalah ustazah ..ustazah tu boleh pulak ckp kalau kanak2 berkeupayaan wajib jugak bayar zakat harta... Anak aku yg tgh tgk pun boleh gelak... Wadefak sgt
Quote chazey 8-8-2015 11:32 AM
Hahahaha.

Mampos aku gelak semalam baca komen2 kat FB Obefiend. Penghiburan sangat.






Quote liton 8-8-2015 11:32 AM
Bahaya jugak tu....kalau terlebih dna lembu leh jadik camni...



Quote bangcak 8-8-2015 11:33 AM
so?
part mana yg salah tu?

kalu minum susu lembu, dna kamben ke yg masuk dlm badan??
Quote munchkin 8-8-2015 11:35 AM
Ahhh now we know nfc grom where
Quote saladin780 8-8-2015 11:37 AM
susu unta pun ada skrg..abisla tercemar dgn DNA unta
Quote saladin780 8-8-2015 11:37 AM
setazah tu macam muka watie elite plak
Quote TuntungReturn 8-8-2015 11:40 AM
1 susu ibu
2. susu kmbinh
3 susu lembu

Quote Duta lover 8-8-2015 11:42 AM
bangcak replied at 8-8-2015 11:33 AM
so?
part mana yg salah tu?

Hahahhaa

Kan secara logicnya susu tu mengandungi dna lembu
Pastu masuk ke dlm saluran pencernaan manusia

Kalau makan carrot
Dna carrot masuk
Secara teknikalnya ayat ustazah tu x salah

Quote makkaupurple 8-8-2015 11:42 AM
Jadi apa masalahnya?
Quote milo_888 8-8-2015 11:43 AM
kenapa rancangan bahasa melayu ada subtitle melayu? ke stazah tu cakap ereb?
Quote famri7 8-8-2015 11:46 AM
ada siap2 anak dah jadi prangai mcm tepung ke sis? Yelah dna susu tepung dah masuk? Dna air pon bahaya sis...susu kopek ustajah eja juha sedap dan berkasiat berkrim lagi.
Quote pyropura 8-8-2015 11:46 AM
...ini namanya punganut igama mulayu..samalah dengan kes yang kata DNA babi akan masuk kalau tanam sayur pakai baja taik babi tonyok....
Quote pyropura 8-8-2015 11:48 AM
...so makan ayam akan masuk DNA ayam dlm badan....patut lar kita ada menteri ayam...
Quote shoryu 8-8-2015 11:49 AM
Habis tu yg kita makan segala daging lembu, ayam, kambing tu mcm mana?
Quote hyie 8-8-2015 11:53 AM
pyropura replied at 8-8-2015 11:48 AM
...so makan ayam akan masuk DNA ayam dlm badan....patut lar kita ada menteri ayam...

matilah dalam badan pelahap vavi ada dna vavi takleh nak sentuh mereka nanti kena samak
Quote lorelai 8-8-2015 11:57 AM
Ye lah.. apa ke halnya sedey dna lembu masuk.. nnt budak tu makan solid dna sotong tak masukkah ke dalam badannya??

Selepas umur 10 thn x pelu guna susu kah dlm masakan. Atau ko menetek dgn mak ko smpi umur 30 an kah..

Hehe
Quote bluehedgehog 8-8-2015 12:00 PM
pkai tudung ada
tutup aurat ada
.
.
.
.
otak TAK ADA

Lihat semua komen(276)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.457933 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top