CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenali Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dari Dulu Hingga Sekarang

11-8-2015 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16027| Komen: 30|Original author: ultramantujuh

Description: Hampir 60 tahun Malaysia ditubuhkan, seramai 6 Perdana Menteri (PM) telah dihasilkan, namun jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang berkedududan dibawah satu orang iaitu PM tapi diatas semua orang ...


Oleh : TS LOO


Hampir 60 tahun Malaysia ditubuhkan, seramai 6 Perdana Menteri (PM) telah dihasilkan, namun jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang berkedududan dibawah satu orang iaitu PM tapi diatas semua orang iaitu rakyat jelata telah mencecah seramai 11 orang. 


Menurut pengetahuan saya, jawatan TPM tidak pun termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Ini juga bermakna, jawatan TPM adalah potfolio yang bersifat maya dan tiada kuasa yang jitu.  

TPM yang juga merupakan anggota kabinet, kebiasaannya memegang kementerian yang penting seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan. 


TPM bagaikan "menteri kanan" atau pengganti tersirat buat Perdana Menteri. Dalam situasi tertentu yang istimewa, TPM turut akan dilantik sebagai pengganti Perdana Menteri buat Sementara. 

Pada tahun 1997,  Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir pernah dalam tempoh beliau berurusan rasmi di luar negara, beliau melantik timbalannya iaitu Datuj Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk mennjalankan pentadbiran negara. 

Pada masa itu, kebanyakan orang beranggapan Anwar Ibrahim semestinya pilihan utama Perdana Menteri terbaru, termasuk Anwar Ibrahim sendiri pun amat yakin jawatan PM adalah miliknya. Akan tetapi, kita semua sedar realitinya adalah sebaliknya.

Kisah timbalan perdana menteri terbaru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu kita ceritakan dulu, antara 10 orang bekas Timbalan Perdana Menteri, hanya 5 orang sahaja berjaya memperolehi jawatan Perdana Menteri. 

Yang 5 orang lagi, kecuali Tun Ismail meninggal dunia ketika masih berjawatan, empat yang lain mengalami kekalahan dalam pemilihan parti atau tidak sependapat dengan Perdana Menteri ketika itu. 

Jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh dikatakan merupakan jawatan berisiko tinggi. 

Antara 10 orang bekas TPM, bapa kepada Datuk Seri Najib iaitu Tun Razak yang paling lama memegang jawatan tersebut, selama 4, 770 hari. 

Manakala TPM yang memegang jawatan paling pendek tempohnya adalah bapa kepada adik sepupu Datuk Seri Najib dan merangkap jawatan Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Hissamuddin Tun Hussein, tempoh nya hanya 885 hari. 

Bercakap pasal Tun Hussein Onn, difahamkan beliau mempunyai pengalaman yang paling istimewa. Ini kerana secara kebetulan, beliau berpeluang berjawatan timbalan perdana menteri dan Perdana Menteri, akibat bekasnya masing-masing meninggal dunia. 

Terdapat 5 TPM yang tidak sempat mencapai impian memegang jawatan Perdana Menteri dan 3 orang tersebut masih hidup lagi. 

Antaranya Tun Musa Hitam yang telah sekian lama mengundurkan diri dari arena politik negara. 

Manakala bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dihukum penjara, beliau terpaksa menjalani hukuman penjara yang kedua sepanjang perjuangan politiknya.  

Oleh kerana dalam tempoh masa 5 tahun tidak boleh bertanding dalam pilihanraya, maka dengan jelas beliau boleh dikatakan tiada peluang langsung untuk kembali ke arena politik.

Yang tinggal pula iaitu Tan SRi Muhyiddin Yassin yang baru sahaja dilucutkan jawatan sebagai Timbalan perdana Menteri, samada beliau mampu bangkit semula, ia bergantung kepada keinginan beliau dan sejauh mana peluang yang boleh diperolehi beliau selepas ini. - CARI Infonet



13

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
26

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote page_up 11-8-2015 04:51 PM
org no 2 pendek umur psl stress dgn perangai no 1.
org no 1 pjg umur psl Allah bg peluang bertaubat atas dosa2 yang telah dilakukan.
Quote shafur 11-8-2015 04:58 PM
TPM sehingga sekarang ada 11
1. Tun Abdul Razak
2. Tun Dr Ismail
3. Tun Hussein Onn
4. Tun Dr Mahathir
5. Tun Musa Hitam
6. Tun Ghafar Baba
7. Anwar Ibrahim
8. Tun Abdullah Ahmad Badawi
9. Najib Razak
10. Muhyiddin Yasin
11. Ahmad Zahid
Quote BlueRose99 11-8-2015 05:00 PM
Motif?!
Quote -electrifying- 11-8-2015 05:22 PM
shafur replied at 11-8-2015 04:58 PM
TPM sehingga sekarang ada 11
1. Tun Abdul Razak
2. Tun Dr Ismail

good info
Quote nikaido 11-8-2015 05:31 PM
Kecuali tun dr ismail , yg lain aku tau/kenal
Quote diandra88 11-8-2015 05:39 PM
good info TT
Quote highcastle 11-8-2015 05:43 PM
Edited by highcastle at 11-8-2015 05:46 PM

Tun Dr. Ismail meninggal eksiden kalau x silap aku..
Timbalan PM kebanyakkan berasal dari Johor..

1) Tun Dr. Ismail
2) Hussein Onn
3) Musa Hitam
4) Muhyiddin Yassin

* penYo, sila ratib jawa Johor & tabur garam.......
Quote nazurah 11-8-2015 05:44 PM
nikaido replied at 11-8-2015 05:31 PM
Kecuali tun dr ismail , yg lain aku tau/kenal

Tun Dr. Ismail meninggal ketika memangku jawatan Perdana Menteri, masa tu Tun Razak dirawat di London.
Masa tu gomen pun tak sponsor famili Najib ke London... jimat cermat Tun Razak, anak dia lagi bijak menabung... grrrrr
Quote musangcomel 11-8-2015 06:09 PM
nazurah replied at 11-8-2015 05:44 PM
Tun Dr. Ismail meninggal ketika memangku jawatan Perdana Menteri, masa tu Tun Razak dirawat di Lon ...

bijak menabung duit derma uols

Quote jerukkedondong 11-8-2015 08:13 PM
Hanya abang Bijan kulihat wajah nya penuh Nur keimanan..ketakwaan dan kezuhudan...:zz
Quote victorpatrick 31-7-2023 11:38 AM
Satu perkara yang saya ingin beritahu anda ialah teruskan melakukan apa yang anda lakukan dan menjadi lebih baik dan lebih baik. pge outage map
Quote hayrin86 31-7-2023 11:43 AM
#1, #4, #8, #9 dan #10 dalam senarai ini adalah bekas Perdana Menteri yang aku tahu..
Quote sagiman91 31-7-2023 12:10 PM
Edited by sagiman91 at 31-7-2023 12:12 PM
shafur replied at 11-8-2015 04:58 PM
TPM sehingga sekarang ada 11
1. Tun Abdul Razak
2. Tun Dr Ismail

Wan Azizah ko tertinggal...
Dan Ismail Sabri...
Quote Orix 31-7-2023 01:27 PM
motip ramai lupa kewujudan TPM fadillah yg bengap tu instead of wak jahid ???? hello, kurajaan madah berhelah ni ada 2 tpm hurkey !
Quote mojarean_X 31-7-2023 01:30 PM
My favourite Wak Zahid
Quote eragon 31-7-2023 01:41 PM
shafur replied at 11-8-2015 04:58 PM
TPM sehingga sekarang ada 11
1. Tun Abdul Razak
2. Tun Dr Ismail

Tertinggal Wan Azizah, Ismail Sabri dan Fadzilah.

Quote dewi_rina 31-7-2023 02:52 PM
Fadzilah tu yg mana eh, nampak sangat tak penting sampai orang tak kenal
Menteri lain pun orang kenal
Quote Simunggu 31-7-2023 02:52 PM
pemimpin BN/UMNO dari dulu memang hebat hebat...tu sbb negara Malaysia disegani & ekonomi kita mantap.....perpecahan politik yg merosakkan UMNO...tengoklah hasilnya sekarang ni..melayu lemah, Islam dimalukan....
Quote rashiman 31-7-2023 04:30 PM

berkhidmat dengan 2 PM...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.284988 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top