CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hayati Tokoh Negarawan Sepanjang Zaman!

26-8-2015 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11561| Komen: 11

Description: Malaysia melahirkan ramai negarawan, tetapi kebanyakan generasi hari ini kurang peka mengenai perkara itu kerana mereka lahir selepas kemerdekaan dan tidak merasai apa yang dilalui golongan terbabit.


Oleh : TS LOO


Malaysia melahirkan ramai negarawan, tetapi kebanyakan generasi hari ini kurang peka mengenai perkara itu kerana mereka lahir selepas kemerdekaan dan tidak merasai apa yang dilalui golongan terbabit.

Menjelang tibanya Hari Kemerdekaan dan sempena bulan kemerdekaan, saya ingin mengajak semua netizen melawat ke beberapa lokasi yang membolehkan lebih mengenali pejuang-pejuang negara kita dan seterusnya menghargai dan mengangkat tokoh negarawan itu ke persada yang tertinggi termasuk menarik pelancong ke negara ini.

Sempena cuti Hari Kemerdekaan yang akan datang ini, jom melawat ke memorial beberapa negarawan sambil menghayati jasa mereka.

Antaranya seperti Tunku Abdul Rahman Putra (Bapa Kemerdekaan), Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan), Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Kemajuan). 





Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang dibuka pada 10 November 1994 bagi memperingati dan mengenang jasa Almarhum Tunku sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ dan Perdana Menteri pertama iaitu dari 1957 hingga 1970.

Terletak di Jalan Dato’ Onn, memorial ini merangkumi bangunan Residensi sebagai bangunan utama dan Blok A di bahagian kiri dan Blok B di bahagian kanak-kanak Residensi.

Di blok A terpampang pelbagai maklumat dan gambar nostalgia sebelum merdeka.

Gambar perarakan menuntut dan pengisytiharan kemerdekaan memberi gambaran betapa besarnya jasa mereka sehingga meletakkan negara ini bebas daripada penjajahan.

Memasuki bangunan Residensi, pengunjung pasti teruja melihat rumah berusia lebih 100 tahun yang masih kukuh dan dilengkapi pelbagai barangan milik Tunku.

Mempunyai 14 bilik, setiap bilik mempunyai fungsi tersendiri termasuk bilik tetamu yang menjadi tempat perjumpaan dengan tetamu penting.

Blok B pula menempatkan meja kabinet pertama dan pejabat perdana menteri pertama selain pakaian, koleksi minyak wangi dan hadiah pemberian pemimpin luar kepada Tunku.

Paling menarik kereta Cadillac Fleetwood 1959 yang digunakan Tunku dan ‘Kereta Merdeka’.



Memorial Tun Abdul Razak
Memorial ini dirasmikan Dr Mahathir Mohamad pada 6 Mei 1982 bagi membolehkan pengunjung mengenali dan memahami idealisme perjuangan Tun sebagai tokoh negara.

Memorial yang dulunya dikenali Sri Taman adalah kediaman rasmi Tun Abdul Razak dan hanya menempatkan ruang pameran koleksi peribadinya.

Pada 2012, ia diubah suai kembali dengan mengekalkan dan mempamerkan kembali suasana asal semasa diduduki Tun Abdul Razak bersama keluarganya.

Bangunan dua tingkat itu mempunyai reka bentuk ‘California style’ yang menarik.




Memorial Tun Hussein Onn
Memorial ini yang dirasmikan pada 10 Februari 2006 menjadi sebahagian warisan sejarah negara dan pelengkap kepada koleksi khazanah untuk mengabadikan jasa Tun Hussein Onn selaku Ketua Negara.

Melalui pintu masuk ke ruang utama pameran akan memperlihatkan imej Tun Hussein Onn bersama pemimpin dari dalam dan luar negara.

Pengunjung juga boleh melihat biografi dengan salasilah kekeluargaan Tun Hussein Onn sebagai nasionalisme.

Anda juga dapat melihat pameran yang memperlihatkan usaha Tun Hussein bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, bertoleransi dan hidup aman damai.

Pada akhir lawatan ialah gambar saat akhir Tun Hussein Onn sebagai negarawan sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Menjadi antara memorial yang moden, bangunan Memorial Tun Hussein Onn ini dan kawasan sekitarnya sudah dibeli oleh Bank Negara, baru-baru ini untuk menubuhkan Pusat Latihan Kewangan.

Namun, kerajaan mengarahkan Bank Negara untuk membina ganti semula bangunan Memorial Tun Hussein Onn yang dijangka siap pada September 2016.




Galeria Sri Perdana
Galeria itu dirasmikan pada 20 Disember 2003 yang sebelum ini dikenali Sri Perdana iaitu Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kediaman ini didiami pada 23 Ogos 1983 sehingga 18 Oktober 1999.

Galeria ini ditubuhkan bagi mendekatkan hubungan rakyat dengan pemimpin selain dapat melihat dan menghayati jasa Dr Mahathir kepada bangsa dan negara.

Dirasmikan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, galeria ini mempamerkan ruang dan susun atur asal semasa Tun dan keluarga mendiami kediaman itu.

Di aras bawah, pengunjung dapat melihat bilik gunting rambut dan bilik pertukangan Dr Mahathir kerana beliau gemar menghabiskan masa terluang dengan bertukang, malah beberapa hasil ukiran turut dipamerkan termasuk model kapal terbang.

Di tingkat paling atas menempatkan ruang tidur Dr Mahathir dan anak-anak serta dapur kecil yang biasa digunakan untuk memasak.



Memorial Negarawan
Memorial Negarawan sedang dalam pembinaan di bekas bangunan Pejabat Perdana Menteri dan dijangka siap Ogos ini.

Memorial ini akan menempatkan tokoh negarawan iaitu Tun Dr Ismail, Tun V T Sambathan, Tun Tan Ceng Lock, Tun Datu Mustapa, Tun Fuad Stephens, Tun Temenggung Jugah dan Tun Dr Lim Chong Eu. - CARI Infonet





11

Bagus
14

Marah
24

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 26-8-2015 06:03 PM
Memorial Tun Abdullah mana ?
Quote TPPA 26-8-2015 06:07 PM
revolusi_30 replied at 26-8-2015 06:03 PM
Memorial Tun Abdullah mana ?

Presint 20
Quote revolusi_30 26-8-2015 06:09 PM
TPPA replied at 26-8-2015 06:07 PM
Presint 20

Nanti akak nk pergi la.  
Quote TPPA 26-8-2015 06:10 PM

Bagus la. Parking free situ.
Quote Modngengade 26-8-2015 06:11 PM
revolusi_30 replied at 26-8-2015 10:03 AM
Memorial Tun Abdullah mana ?

akak difahamkan yg arkitek yg mereka bentuk bangunan memorial  Tun Abdullah tidur sehingga rekabentuk tak siap2 sehingga sekarang......
Quote vandergooh 26-8-2015 06:19 PM
Kontraktor tidur tak banGun2...
Quote revolusi_30 26-8-2015 06:25 PM
TPPA replied at 26-8-2015 06:10 PM
Bagus la. Parking free situ.

Dah siap ke belum sis ...? Ada org ckp belum siap, pasal kontraktor tido.
Quote ipes2 26-8-2015 11:49 PM
Tak penah pegi semua ini.. hu hu; mujurlah in 2007 ada kawan internet bawak gi tugu Negara.. sangat terharu
Quote bypassthecortex 27-8-2015 09:18 PM
Dalam 5 bekas PM, ada sorang yang zaman dia sebenarnya critical point negara kita, dia dah boleh jadi diktator kalau dia nak, time tu executive power yang urus Malaysia, tapi dia pulangkan balik kuasa pada parlimen, real statesman. Nearly two decades before that, at the Korean Peninsular, the North Korean people's fate today was already sealed when their leader chose a different path.
Quote mbhcsf 28-8-2015 02:58 AM
ohh Pak Lah pun ada memorial?
waaaaa....hmm....interesting...wow...

Quote crankshaft 28-8-2015 10:25 AM
mbhcsf replied at 28-8-2015 02:58 AM
ohh Pak Lah pun ada memorial?
waaaaa....hmm....interesting...wow...

macam nak kena slice dgn jari je wow wee hmmm wonka Nko...

Keh keh keh


Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.097059 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top