Oleh : Fyruz Hanna
Siapa kata hidup single ini penuh dengan kesunyian dan kebosanan? Tiada yang dilaporkan mati kebosanan hanya kerana berseorangan. Nikmatilah masa-masa 'single' anda yang bebas tanpa sekatan. Berikut merupakan antara perkara yang boleh anda lakukan : 1. Jaga ibu bapa dengan betul Sentiasa bersyukur kerana Allah beri anda kesempatan untuk menjaga kedua ibu dan bapa yang telah bersusah payah membesarkan anda. Anda perlu tukar persepsi untuk menjadi matang itu perlu bebas dari bawah ketiak ibu bapa. Sebenarnya dengan menjaga ibu bapa anda dengan lebih baik membuatkan anda lebih matang.
2. Dekatkan diri dengan kanak-kanak Walaupun belum rezeki mendapatkan membentuk satu keluarga, jangan bataskan dirimu untuk mendekati kanak-kanak. Anda boleh berkunjung ke rumah anak-anak yatim dan mengangkat mereka sebagai anak kamu sendiri. Lihat dan lengkapkan keperluan mereka, dengan ini anda secara semulajadi akan merasa tenang dan gembira. 3. Luang masa dekatkan diri dengan Al - Quran Jika anda sudah ada keluarga, sedikit sebanyak masa anda banyak anda habiskan dengan menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Jadi apa kata untuk wanita single mula dekatkan diri dengan Al- Quran. Mulakan 1 hari 1 ayat. Tiada istilah lambat untuk mula menghafal al-Quran. -CARI Infonet. |
10
Bagus |
23
Marah |
17
Terkejut |
24
Sedih |
27
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT