Oleh : TS LOO
Selain dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair disifatkan seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding penjara. Terletak 40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda dan pengganas IS.
Di sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang ATM. Selain Al-Hair, Menurut Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef Arab saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya. Baru-baru ini, wartawan dibenarkan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah. Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak. Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair. Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. Yang istimewa, bagi banduan yang sudah berkahwin. kerajaan Arab Saudi tetap menyediakan beberapa bilik khas untuk tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh sekali sebulan. - CARI Infonet |
11
Bagus |
21
Marah |
18
Terkejut |
16
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_Kimmy: bestnya jadi pengganas...dpt layanan istemewa.
cmf_Kimmy replied at 28-7-2015 08:54 PM
bestnya jadi pengganas...dpt layanan istemewa.
lindarafee replied at 28-7-2015 10:29 AM
kerajaan tanggung depa ke depa tanggung sendiri mcm penjara mexico tu. kalau kerajaan tanggung penja ...
whadda replied at 28-7-2015 11:40 AM
bagus jugak die buat pendekatan cam ni... at least biar diorang tau banyak benda boleh buat... perke ...
ADVERTISEMENT