CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gabenor Bank Negara Antara Disenarai Berkonspirasi Jatuhkan Kerajaan?

30-7-2015 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18222| Komen: 89

Description: Terdapat satu senarai kumpulan yang didakwa merancang konspirasi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, tersebar luas di kebanyakan media sosial sejak semalam. Antara nama yang termasuk ...

Oleh : TS LOO


Senario politik negara kita kebelakangan ini boleh dikatakan cukup meriah dan penuh dengan jalan cerita yang dramatik!

Bermula dengan isu 1MDB, isu pendedahan bukti penyelewengan wang syarikat 1MDB yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ), isu Sarawak Report disekat, isu penggantungan permit penyiaran dua akhbar utama dibawah Kumpulan Media The Edge. 

Dikuti pula penamatan jawatan Peguam Negara atas sebab kesihatan dan yang paling klimaks merupakan isu rombakan kabinet yang membabitkan pelucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan 4 menteri yang sedia ada pada ketika itu. 


Yang terbaru pula, terdapat satu senarai kumpulan yang didakwa merancang konspirasi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, tersebar luas di kebanyakan media sosial sejak semalam. 


Antara nama yang termasuk dalam senarai tersebut adalah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,  timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bersama 10 lagi yang lain yang dilabel sebagai ‘Senarai Konspirator Melawan Kerajaan Yang Dipilih Secara Demokratik, Paling Dikehendaki’.


Pendedahan mengenai senarai itu dimuatkan dalam blog therecounter.wordpress.com yang dimuat naik semalam dengan tajuk ‘Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into conspirators’.

Mengikut laporan itu, kumpulan 12 orang ini juga dikatakan akan disiasat pihak polis mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan iaitu merujuk kepada kesalahan ‘aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen’.

Apa sekali pun, pendedahan yang disebar melalui internet, kita sebagai netizen yang bertanggungjawab harus membuat penelitian dulu sebelum menyebarkannya di media sosial. 

Antara penelitian yang boleh dilakukan seperti mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM terutamanya laporan yang berhubung kait dengan isu-isu politik yang sensitif. - CARI Infonet




 




15

Bagus
22

Marah
27

Terkejut
31

Sedih
27

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KTMan 29-7-2015 09:25 PM
dah keluar cerita skandal.. pandai betul orang2 rosmah buat kerja untuk selamatkan laki dia..
Quote toxicated 29-7-2015 09:32 PM
Laku betul meniaga popcorn skrg..
Quote zach2008 29-7-2015 09:36 PM
Cepat2 la episod ni berlalu. Kita kwna kerja dan carik makan. Kalau hanya meruntuhkan individu atau parti lantakla... Negara yg runyuh bukan senang nak stabil.
Quote lostnfaun 29-7-2015 09:40 PM
Tak bole blah ayat dia...nak jatuhkan kerajaan demokrasi berparlimen

Kalau camtu nak dakwa najib kira nak jatuhkan kerajaan la.. Pelik malaysia nie..
Quote AbukRokok 29-7-2015 09:53 PM
Drama banyak lagi siri ni nampaknya

Zeti ahtar pun dah masuk hospital
Quote dcruins 29-7-2015 09:58 PM
dari apa yang aku dengar dan baca selama ni, Bank Negara mana2 pun ada sesetengah transaction yang mereka cuma boleh kesan jumlah nya tapi tak boleh tau siapa yang berurusan, kecuali ia nya dah jadi kes jenayah, ni belum masuk negara2 yang bank secrecy nya cukup kuat seperti yang ada di pusat2 tax haven seluruh dunia....
Quote kasibiman 29-7-2015 10:01 PM
Kimak punya bangsat
Quote AbukRokok 29-7-2015 10:04 PM

Ops Lalang 2015: Cawangan Khas ketuai Siasatan Terhadap Dalang Konspirasi

Ops Lalang 2015: Cawangan Khas ketuai Siasatan Terhadap Dalang Konspirasi       
Quote ultra78 29-7-2015 10:04 PM
AbukRokok replied at 29-7-2015 09:53 PM
Drama banyak lagi siri ni nampaknya

Zeti ahtar pun dah masuk hospital

Kena kanser payudara ke?
Quote freebird 29-7-2015 10:05 PM
orang dah biasa letopkan orang ni, benda2 lain tu small matter lah...
Quote hzln 29-7-2015 10:07 PM
bunyi sangat RPK skali sahibulhikayat ini...gunalah apa pseudonym pun...
Quote freebird 29-7-2015 10:09 PM
hzln replied at 29-7-2015 10:07 PM
bunyi sangat RPK skali sahibulhikayat ini...gunalah apa pseudonym pun...

hari tu, katanya ada 3 tan sri....
Quote miabebe 29-7-2015 10:11 PM
Mia da tuka xmkn popcorn..

Sempena syawal yg mulia ni mia mkn nasi impit kuah kachang jah

Jibby nk ganti zeti nan adik nyer nazzy kew??
Quote leni 29-7-2015 10:14 PM
Apabila both sided play the politic game...ingat che det jer tere ke.....lets the ball rolling & rolling..
Quote sayang_mulut 29-7-2015 10:28 PM
ismaweb? dari parti ISMA? malas nak click link tu
Quote hyie 29-7-2015 10:31 PM
semak pulak rasanya hari ni bila wall fb dipenuhi kisah2 syahdu di aidlifitri politik malaysia
Quote kemaruk 29-7-2015 10:32 PM
sayang_mulut replied at 29-7-2015 10:28 PM
ismaweb? dari parti ISMA? malas nak click link tu

ececehhh

tetiba komen letak smiley

kengkunun cool la tak terkesan dengan komen bangkem

padahal dalam hati menangis dan menahan gelora
Quote Modngengade 29-7-2015 10:37 PM
kemaruk replied at 29-7-2015 02:32 PM
ececehhh

tetiba komen letak smiley

Ko dh buta ker..mana pulak smiley nyer sis
Quote sgbuloh 29-7-2015 10:39 PM
yang ni hebat najib mengalahkan mahathir. semua yang kritik najib akan kena lebel konspirator yang nak jatuhkan kerajaan.

Lihat semua komen(89)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.095115 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top