Oleh : LTS sumber foto : http://media.therakyatpost.com/ Kemelut 1MDB semakin hari semakin dramatik jalan ceritanya.
Susulan laman web Sarawak Report disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahad lalu, hari ini pula Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan penggantungan permit penyiaran bagi dua akhbar utama dibawah The Edge Media Group, selama tiga bulan. Menurut laporan BH Online, kedua-dua akhbar utama tersebut adalah The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily. Tarikh penggantungan mula berkuatkuasa daripada 27 Julai ini. Menurut kenyataan dikeluarkan The Edge Media Group petang tadi, perkara itu dinyatakan dalam satu surat daripada KDN.
Surat itu antara lain menyatakan bahawa penyiaran artikel menerusi dua akhbar itu berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memudaratkan ketenteraman awam dan negara. KDN menyatakan kegagalan kumpulan media tiu untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan itu akan menyebabkan penarikan balik permit penerbitan. Sementara itu, Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat, yang sebelum ini dipanggil polis untuk siasatan berhubung kes 1MDB, menyatakan rasa kecewa terhadap tindakan KDN dan pihaknya akan membuat permohonan kepada mahkamah supaya penggantungan itu ditarik balik Dalam kenyataan itu, Ho turut menyeru pembaca setia dan masyarakat umum boleh terus membaca laporan terbaru The Edge melalui internet. - CARI Infonet |
16
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dcruins replied at 24-7-2015 05:39 PM
kena gantung 3 bulan jerrr?? kenapa tak tutup terus jer macam gomen dinasti Lee temasek buat ke ata ...
kasibiman replied at 24-7-2015 04:53 PM
tindakan bodoh.
saman the edge. bukan tarik permit.
harkktuih replied at 24-7-2015 05:14 PM
loyer najib taknak antar surat kat the edge gak ke?
dcruins replied at 24-7-2015 05:58 PM
dinasti Lee memang gila dan paranoid, baru isu import rakyat PRC dan isu2 ijazah meragukan dari ex ...
ADVERTISEMENT