CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Nak Duduk 'Couple Seat' , Tunjuk Sijil Nikah Dulu?

24-7-2015 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5901| Komen: 13

Description: Lotus Five Star Cinemas (LFS) di sekitar Seri Iskandar, Perak telah mengambil langkah proaktif dalam usaha membendung masalah sosial dengan mempamerkan larangan menggunakan kerusi berkembar atau ‘cou ...

Oleh : LTS




Panggung wayang merupakan tempat beristirehat dan juga salah satu tempat untuk pasangan kekasih meluangkan masa bersama. Sejak beberapa tahun dulu, pihak pengurusan panggung wayang telah menyediakan kerusi berkembar atau 'couple seat' bagi memberikan “privasi” dan keselesaan kepada pasangan kekasih ketika menonton filem. Namun bayaran untuk “couple seat” lebih tinggi berbanding tempat duduk biasa.

Akan tetapi, penyediaan kerusi berkembar telah menarik perhatian sebilangan muslim yang memandang serius terhadap kecenderongan untuk melakukan maksiat dikalangan pasangan kekasih yang menggunakan tempat duduk berkembar itu. Dalam ajaran Islam, pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah adalah dilarang berada ditempat yang mengundang kepada perkara-perkara maksiat dan mendatangkan fitnah.

Berdasarkan Portal Perak News, rangkaian panggung wayang Lotus Five Star Cinemas (LFS) di sekitar Seri Iskandar, Perak telah mengambil langkah proaktif dalam usaha membendung masalah sosial dengan mempamerkan larangan menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’ bagi pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah.


Namun, jika anda masih berkeinginan untuk membeli tiket bagi kerusi berkembar, anda perlu memenuhi dua syarat yang telah ditetapkan :

1) Pasangan yang ingin menggunakan kerusi berkembar haruslah merupakan sepasang suami isteri
2) Semasa membeli tiket wayang harus tunjuk sijil sah perkahwinan.


Menurut laporan Portal Perak News juga, pengurus panggung Lotus Five Star Cinema (LFS), Siti Hana menjelaskan peraturan tersebut telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atas nasihat Majlis Daerah Perak Tengah dan ianya telah pun mula berkuatkuasa sejak rangakaian panggung itu mula beroperasi dua tahun lalu.


Setiap kaunter tiket telah diarah mempamerkan notis yang jelas tentang peraturan berkenaan, tujuannya juga jelas iaitu untuk mencegah gejala maksiat yang berlaku di panggung wayang, malah untuk menjaga imej kesucian agama Islam.


Peraturan berkenaan hanya untuk pasangan Muslim dan tidak dikenakan pada pasangan bukan Islam.

Sehubungan itu, CARI Infonet membuat tinjauan di sekitar Lembah Klang untuk mendapat reaksi orang ramai mengenai isu tersebut. - CARI Infonet.

11

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 24-7-2015 08:21 PM
Tak payah pening-pening. Suruh aje laki duk saf depan, pompuan saf belakang


Quote nazurah 24-7-2015 08:30 PM
daripada duduk couple seat baik pi tengok kat platinum... siap selimut bagai.
Quote eyansss 24-7-2015 09:07 PM
nazurah replied at 24-7-2015 08:30 PM
daripada duduk couple seat baik pi tengok kat platinum... siap selimut bagai.

mahal lagu mana tiket platinum ni?
Quote LolaLoly 25-7-2015 12:24 AM
Wayang tempat beristirehat?? Huhuhu... pelik ni.. hahaha
Quote dodolgemok 25-7-2015 02:40 AM
Sinar teroris terpancar terik menyinari meleis. Ummah telah berjaya!
Quote kemaruk 25-7-2015 02:49 AM
esok ada awek ajak tengok wayang, dia belanja

kalau dia beli couple seat, paham2 la
Quote SINCITY 25-7-2015 04:47 AM
Kalau sesama lelaki nak duduk couple seats macamana  pula? Nak tunjuk lobang bun tut ke?
Quote bluehedgehog 25-7-2015 08:01 AM
ni yg dikatakan bodoh...
watak alim di luaran, dlm batang sentiasa fikir nk cucuk lobang...
dari bayi 3 bulan, kanak2 8thun pun x lpas...
Quote ajinomotonosuga 25-7-2015 08:13 AM
makin islam masarakat islam tu depa jadi makin TIDAK BERAKAL

so depa perlu peraturan macam2 supaya depa tu kekal islam bersih dari maksiat

lojik nya kalo depa di layan macam tu sampai bila depa nak belajar hidup berdikari dan guna kewarasan akal?

tak jauh beza macam kominis

tak payah susah2 nak berlumba apa pun walo bukak warung nasik lemak..kalo ada 1 oang dah jual oang lain tokleh

toksah susah2 pk belanja sekolah anak..seme central gomen dok kasik..

last2 manusia beratur nak dapatkan makanan dan lama2 kominis pun hancus di soviet nun

masarakat islam aku tenguk memang ke arah macam tu..walo tadak label kominis

sebab itu masarakat islam tak maju mana pun, masarakat pengguna dan pelayan hiburan hidup aje

bahkan dalam so called agama tu pun depa dok dakwa tokleh bidaah itu ini, tokleh adakan mende baru

kalo ada sapa iniatiate dok usul or buat sesuatu baru terus di hukum, so dalam agama dan kendian luar agama masarakat islam hidup macam katak bawah tempurung

kendian bila dah cam tu , dah tokleh keep up ngan oang lain depa jadi SELF DESTRUCTIVE

kalo aku tokleh jadi cam ko (sebab kebodohan diri sendiri) ko musti musnah dan tak jadi apa pun MACAM AKU !

tu yang ada bokok haram isis seme tuh.. bab2 konspirasi depa tu seme alat cia mossad..hoik ni SECONDARY je

keadaan yang macam aku sebut tu yang DI REBUT PELUANG OR being exploited OLEH CIA DAN MOSSAD seme tu untuk setup apa saja alat untuk self interest depa

kalo masarakat situ tu pakai otak, tamadun, maju macam sweden or germany, buleh ke cia or mossad senang2 nak exploit?

tapi sebab masarakat islam macam aku sebut tu lalu depa terus jump into conspiracy theory, itu seme alat cia, yahudi punye keje..so last2 depa tak nampak diri depa depan cermin hidup

selama depa idup dengan jasa bakti saintis kapir dan yahudi walo suo dalam depa tu pun haa, kendian bila ada isu tertentu misal oang islam teraniaya depa tuduh yahudi nasrani cia mossad dan macam2

malah dok asik belek quran dok kata kenapa Allah laknat yahudi? sana sini dok hentam yahudi itu ini

tapi bila masa nya depa cuba kenal diri depa sendiri dan bercerita pasal di mana silap depa? bila?

nampak remeh jek..alaa isu kapel seat napa pikir cam tu bang ajiii?
Quote nazurah 25-7-2015 08:36 AM
eyansss replied at 24-7-2015 09:07 PM
mahal lagu mana tiket platinum ni?

forty something noks...

selesalah kalo nak tengok movie 2 jam, macam naik bisnes class uols...
Quote eyansss 25-7-2015 08:08 PM
nazurah replied at 25-7-2015 08:36 AM
forty something noks...

selesalah kalo nak tengok movie 2 jam, macam naik bisnes class uols...

sekeping??? erkssss... kalo camtu nak kena beli movie yang panjang n best la... baru berbaloi2... hehehe... tq yea...
Quote parilala 28-7-2015 03:15 PM

setuju.. buka lampu sekali. motif nak tengok dalam gelap?
Quote ellejo 28-7-2015 03:21 PM
aku slalu je duduk couple seat. sepanjang aku mentengok wayang, takda pun lovers buat hal, maksiat sana sini.

yg ada drama ilang enpon, ilang kunci, org tertido dlm cinema, lupa nak silent henpon, anak baby menangis

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057666 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top