CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Ops Selamat Gagal Punca Daripada 'Sikap' Pemandu

29-7-2015 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 1683| Komen: 1

Description: Ops Selamat 7/2015 yang dijalankan sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas selama 15 hari bermula 10 Julai hingga ...
Artikel Oleh : Izzah Abbasy
Video Oleh : Izzah Abbasy dan Firdausz



Ops Selamat 7/2015 yang dijalankan sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas selama 15 hari bermula 10 Julai hingga 24 Julai 2015 menunjukkan peningkatan statistik kemalangan jalan raya berbanding kes kemalangan pada tahun lepas. Ops Selamat yang bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi' memberi penekanan terhadap aspek keselamatan harta benda serta kediaman dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

Namun, apa yang membimbangkan masyarakat adalah ops ini dikatakan gagal kerana tidak mencapai statistik pengurangan kemalangan. Kempen-kempen kesedaran sudah dilaksanakan, tetapi kes kemalangan semakin tinggi di Malaysia. Kes-kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap kali musim perayaan atau cuti persekolahan.

Tiga faktor utama kemalangan berlaku ;

1) Faktor Manusia

  • Memandu laju, kecuaian, khayal, terbabas, dilanggar kereta lain, lumba haram, letih atau mengantuk, brek secara mengejut, dan menggunakan telefon bimbit

2) Faktor Persekitaran

  • Hujan, jalan licin, jalan berlubang, tiada had laju, tiada lampu jalan

3) Faktor mekanikal

  • Brek rosak, lampu isyarat rosak, tayar pancit

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata analisis menerusi beberapa Ops Selamat sebelum ini mendapati sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan sikap mementingkan diri sendiri sering menjadi punca kemalangan.

"Untuk Ops Selamat ketujuh ini, pendekatan operasi masih memfokuskan penguatkuasaan undang-undang jalan raya, advokasi, pencegahan jenayah serta omnipresence (kehadiran polis).

"Antara operasi yang akan dijalankan adalah Ops Perangkap Laju di kawasan sering berlaku kemalangan, Ops Motosikal, selain tumpuan kepada pemandu yang memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya selepas melancarkan Ops Selamat tajaan Telekom Malaysia (TM) di KL Sentral, sebentar tadi. Katanya, seperti Ops Selamat sebelum ini, saman maksimum RM300 akan dikeluarkan untuk setiap kesalahan dan sebarang rayuan pengurangan tidak akan dilayan.

Oleh itu, Cari Infonet telah mendekati beberapa orang ramai bagi mendapatkan pandangan dan jawapan tentang punca sebenar kemalangan jalan raya yang berlaku di musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini. - CARI Infonet
19

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
23

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote piao 30-7-2015 09:50 AM
hmm ops selamat kena saman?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069697 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top