Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit. Justeru itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara yang disusuli dengan perancangan membentuk sebuah pakatan baharu pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun. "Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan." Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud apabila parti Islam itu membuat keputusan pada muktamar bulan lepas memutuskan hubungan dengan DAP. Bekas timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebelum ini berkata pakatan pembangkang baharu akan diumumkan selepas Hari Raya. sumber : http://www.themalaysianinsider.com/
|
28
Bagus |
8
Marah |
3
Terkejut |
32
Sedih |
16
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT