CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Permohonan Anwar Melucutkan Kelayakan Panel 5 Hakim Ditolak Mahkamah Persekutuan

12-10-2016 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2879| Komen: 8

Description: Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada sebab melucutkan kelayakan panel 5 hakim daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan liwat dalam cubaan terakhirny ...

sumber foto: https://malaysiadateline.com/


Tiada sebab melucutkan kelayakan panel 5 hakim daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan liwat dalam cubaan terakhirnya dibebaskan dari penjara.

Demikian keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutaun berhubung permohonan tersebut yang dikemukakan oleh peguam bekas ketua pembangkang itu pada Rabu, 12 Oktober 2016, sepertimana yang dilaporkan oleh FMT.

Ini kerana mereka adalah hakim sama yang menolak permohonan Anwar pada 24 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof memberi bukti tambahan bagi kes liwat itu.

Difahamkan ratusan orang berkumpul di luar Mahkamah Persekutuan bagi memberi sokongan cubaan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini.


Panel 5 hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin serta Tan Sri Zaharah Ibrahim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, memohon untuk mengetepikan keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mendapati dia bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Barisan peguambela Anwar diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal serta Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin.

Peguam Anwar dijangka menggunakan Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk semakan semula keputusan panel 5 hakim, dan akan dibenarkan mendengar semula rayuannya.- CARI


5

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciwi1166 12-10-2016 03:26 PM
expected result.
Quote vender 12-10-2016 03:29 PM
Gila kau nak bg dia keluar..habis pru nanti..



Quote rashiman 12-10-2016 03:33 PM
vender replied at 12-10-2016 03:29 PM
Gila kau nak bg dia keluar..habis pru nanti..

keputusan penghakiman tiada kaitan dengan pru.
Quote zulka 12-10-2016 03:55 PM
kalau dilepaskan time2 ni jahanam...
Quote vandergooh 12-10-2016 04:51 PM
Nak lepaskan pun, tgu laa lepas mac 2017... dah abis pru... sekarang mana boleh...
Quote Jagendas 12-10-2016 04:54 PM
berkokok  hubby kak mah nanti nuar keluar
Quote -electrifying- 12-10-2016 04:57 PM
ramai yg dh taw keputusan nya, jgn haraplah ko nk lepas
Quote vender 12-10-2016 06:55 PM
rashiman replied at 12-10-2016 03:33 PM
keputusan penghakiman tiada kaitan dengan pru.

Ya betul. Pru pun takde kena mengena dgn anwar.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061153 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top