CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pakai Lampin Harap Temu Jodoh Yang Tak Malu Dengan Keadaannya

25-1-2022 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2481| Komen: 10

Lelaki berusia 35 tahun mendedahkan secara terbuka dia terpaksa memakai lampin pakai buang dewasa disebabkan masalah kesihatan.

Malah, Marc Spagnuolo kini mengakui dia tidak lagi berasa malu dengan kekurangan yang dialaminya itu.


Kredit foto: Mirror

Lapor Daily Star, Spagnuolo menderita kondisi saraf degeneratif yang dikenali sebagai neuropati periferal.  

Neuropati adalah gangguan saraf yang memberi kesan kepada transmisi maklumat dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal usus serta pundi kencing.



Kredit foto: Mirror

Sepanjang 20 tahun lalu, Spagnuolo berdiam diri mengenai keadaan kesihatannya kerana berasa amat malu, malah pernah menyalahkan anjing peliharaannya disebabkan masalah dialaminya. 



Namun, Spagnuolo kini lebih terbuka apabila berkongsi tentang penyakitnya menerusi beberapa video yang dimuat naik dalam TikTok.

Sementara itu, Spagnuolo berkata, dia mengalami masalah itu ketika berusia 15 tahun dan terpaksa menjalani banyak pemeriksaan selama bertahun-tahun sebelum didiagnosis penyakit berkenaan pada usia 25 tahun.   



Menurutnya, dia kini mencari pasangan cinta dan tidak segan lagi memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya dalam profil aplikasi janji temu.  


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 25-1-2022 10:18 AM
Kasihan.
Quote primarikey 25-1-2022 10:22 AM
Dah sakit..nk buat mcmane
Bertabah la bang

Quote wanawina 25-1-2022 10:43 AM
at least yg ni sbb masalah kesihatan. rasanya meols penah baca kat fb ada org tu kawin baru tau lakinya berlampin. tanpa sebab tak salah meols.
Quote Decaffeinated 25-1-2022 12:55 PM
cute ja kot masa senggama pakai pampers.... until you're ready

Quote orangbiasaje 25-1-2022 01:53 PM
Okay je...masalah kesihatan pun kan. Janji tak menyusahkan org lain. Ada yg cukup elok fizikal dan takde masalah tapi perangai mcm biawak hidup.
Quote shernazz 25-1-2022 03:57 PM
Kang salah pancut plak
Igt kuar air.mani
Rupanya kencing
Quote Adrif 25-1-2022 04:52 PM
dalam dunia sekarang ni ada 7.9 billion manusia

mesti ada yang dapat menerima keadaan dia, memahami, dan mungkin juga "meminati" kondisi dia.
Quote sarahmirza 25-1-2022 04:54 PM
Semoga bertemu jodoh...
Kalau pandai urus diri,  pandai buang pampers sendiri... Takpe juga..
Kalau jenis pemalas,  bukak pampers campak sana sini,  tinggalkan aje dari galas beban.
Quote angelofish 25-1-2022 05:11 PM
kenapa salahkan anjing peliharaan dia pulak? anjing tu bagi virus kat dia ke?
Quote umbut 25-1-2022 06:43 PM
Kalo tgh ngesek pastu terkencing camner

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038158 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top