CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Spesies Bumi Akan Pupus Kalau Manusia Tak Pindah Planet Lain - Elon Musk

18-1-2022 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4415| Komen: 63

Elon Musk membuat kenyataan penuh kontroversi apabila mendakwa ‘semua spesies di muka bumi akan pupus 100 peratus’ melainkan manusia berhijrah ke planet lain. 


Lapor Daily Star, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu sentiasa menanam cita-cita tinggi untuk menjadikan kehidupan manusia ‘berbilang planet’ dengan membuktikan perkara itu menerusi projek angkasa lepasnya, SpaceX. 



“Wujud peluang 100 peratus semua spesies akan mengalami kepupusan akibat matahari semakin berkembang, melainkan manusia menjalani kehidupan di planet lain,” ciapnya dalam Twitter. 

Musk menjelaskan dakwaannya kerana terdapat bukti peristiwa kepupusan besar-besaran keenam dalam biodiversiti global akan berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia sepenuhnya.

Musk yang diiktiraf sebagai individu paling kaya di dunia memberitahu rancangan membina kapal angkasa Starship menerusi projek SpaceX bertujuan meneroka kehidupan baharu di planet Marikh. 

Starship adalah sebuah roket berteknologi tinggi dan lebih berkuasa daripada kapal angkasa sedia ada. 


Kredit foto: Bloomberg.com

Kapal angkasa itu adalah paling kompleks dan canggih pernah dihasilkan dan bertujuan membawa muatan yang lebih berat dengan kos lebih murah daripada roket konvensional sedia ada. 

Ditanya mengenai tempoh masa SpaceX akan mendaratkan manusia di Marikh, Musk memberikan anggaran garis masa tertentu. 

“Paling cepat adalah lima tahun, paling lambat boleh jadi 10 tahun,” katanya semasa diwawancara oleh Lex Fridman. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-1-2022 12:40 PM
Mcm deja vu je thread ni tt oi!

Quote airfilterkotor 18-1-2022 12:58 PM
Celah mana pulak matahari mengembang dan memupus segala makhluk bumi dalam masa terdekat?
Quote naina 18-1-2022 01:00 PM
Berapa plak harga tiket nak kena pindah planet tu?
Quote airfilterkotor 18-1-2022 01:06 PM
Nak menunggu matahari tu 'membesar' plus radiationnya ke atas bumi makan beliyun tahun.
Baik ko cakap jer tunggu earth MF flip dalam beberapa abad mendatang.... kompem semua pupus selow-selow.
Quote becir 18-1-2022 01:13 PM
Kalau ada alien agama apa they all agaknya
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 01:22 PM
Sape pecaye dia ney memang bangang..
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 02:02 PM
104994086-RTX4RL3Z.jpg
Quote Simunggu 18-1-2022 02:11 PM
bagus dia dan kuncu kuncunya yg pindah matahari...
Quote Mulotkoyak 18-1-2022 03:01 PM
Boleh start menabung la uols untukndipindah kan ke planet paling akhir sekali. Planet pluto.
Quote helicornia 18-1-2022 03:06 PM
Yg bukan2 aje Elon musk ni...ko terpaling kaya bole la sembang nk pindah duduk planet lain
Quote besi_kelabu 18-1-2022 03:10 PM
Edited by besi_kelabu at 26-7-2025 10:34 PM

delete
Quote xtinkerbellx 18-1-2022 03:29 PM
Iols caye je..tp mesti golongan kaya raya je yg pindah. Yg miskin mcm iols merepot je la kat bumi ni
Quote buragazz 18-1-2022 03:34 PM
Yang bawak kapal angkasa gi jenjalan tu sapa bukan dia kan..
Quote TomyamPuteh 18-1-2022 03:38 PM
Tiba2 teringat movie Planet of the Apes.
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 04:17 PM
ExUZ533XAAItQ_y.jpg
Quote Supersirap 18-1-2022 04:32 PM
Boleh bagi pakej yang ditawarkan untuk ke planet marikh?
Quote kitmal 18-1-2022 04:46 PM
takpalah saya reda..
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 04:49 PM
helicornia replied at 18-1-2022 03:06 PM
Yg bukan2 aje Elon musk ni...ko terpaling kaya bole la sembang nk pindah duduk planet lain

1613135613_untitled-design-24.jpg
Quote helicornia 18-1-2022 05:10 PM
tumpanglalu74 replied at 18-1-2022 04:49 PM

Hahaha sesuai benor la pindah planet lain

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.059386 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top