Walaupun Amsyar menerima kecaman, Kak Ani yang menonton semula rakaman persembahan Bunga dan Amsyar di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 menyifatkan lelaki itu punya kesungguhan dan bukan sekadar menggantikan tempatnya.
"Saya melihat Amsyar tiada cacat cela pun ketika menyampaikan lagu Intan Payung tapi tetap menerima kecaman. Itu lumrah kerana isu perbandingan akan tetap terjadi," katanya.
Sedang menunaikan Umrah ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 36 berlangsung, Kak Ani sedikit pun tidak kecewa posisinya digantikan dengan seorang penyanyi baharu.
Dia bersyukur kerana lagu ciptaan Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, manakala lirik oleh Bunga dan Siqma itu berjaya bolos sebagai finalis AJL36.