|
Sumber IG Noraniza Idris
Ratu etnik kreatif, Noraniza Idris tiada masalah menyerahkan mandat kepada Amsyar Lee untuk menggantikan posisinya berganding dengan Bunga pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 36.
Memetik laporan Berita Harian, penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Ani itu bagaimanapun berserah pada keadaan.
"Saya akan terus menyokong Bunga walau apa pun terjadi. Saya akan bantu salurkan pandangan dan idea demi persembahan terbaik.
"Jujur, saya suka cara nyanyian Amsyar. Tidak semua penyanyi boleh 'carry weight' lagu tradisional. Tapi Amsyar, ada bahagian nyanyiannya yang sangat kena dengan nada asal lagu Intan Payung," katanya.
Walaupun Amsyar menerima kecaman, Kak Ani yang menonton semula rakaman persembahan Bunga dan Amsyar di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 menyifatkan lelaki itu punya kesungguhan dan bukan sekadar menggantikan tempatnya.
"Saya melihat Amsyar tiada cacat cela pun ketika menyampaikan lagu Intan Payung tapi tetap menerima kecaman. Itu lumrah kerana isu perbandingan akan tetap terjadi," katanya.
Sedang menunaikan Umrah ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 36 berlangsung, Kak Ani sedikit pun tidak kecewa posisinya digantikan dengan seorang penyanyi baharu.
Dia bersyukur kerana lagu ciptaan Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, manakala lirik oleh Bunga dan Siqma itu berjaya bolos sebagai finalis AJL36.
Kak Ani okey je dengan Amsyar, anda? - CARI
|
|