CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daging Babi Naik Harga, Ramai Mula Makan Daging Buaya

17-1-2022 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1055| Komen: 16

Description: Bangkok: Penduduk Thailand ketika ini memilih untuk menikmati daging buaya dalam menu harian mereka selepas harga daging babi yang menjadi antara sumber makanan utama rakyat negara ini naik mendadak.
Bangkok: Penduduk Thailand ketika ini memilih untuk menikmati daging buaya dalam menu harian mereka selepas harga daging babi yang menjadi antara sumber makanan utama rakyat negara ini naik mendadak.


Kenaikan harga daging babi di Thailand ketika ini berpunca daripada penularan Influenza A H1N1 atau lebih dikenali sebagai Selsema Babi.

Situasi itu menyebabkan kekurangan stok daging babi dan penduduk beralih kepada daging buaya sebagai alternatif.

Foto: Utusan Online

Dalam pada itu, pengusaha ladang buaya mengambil kesempatan untuk mempromosi perniagaan mereka dengan menawarkan jualan daging buaya pada harga yang berpatutan.


Kebanyakan pengusaha menjual daging buaya pada harga 70 hingga 200 baht (RM8-25) sekilogram

Penduduk Thailand menyamakan rasa daging buaya sama seperti ayam, selain mendakwanya lebih sihat kerana mempunyai protein yang tinggi. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 17-1-2022 08:39 AM
manusia kelihatan lembut sahaja tetapi bila makan habis semua dia ratah...

mamaliakah seranggakah burungkah, amphibiankah ikankah kerangkah semua kena balun.. reptilia yang ada muka ganas pun semua dibalun... tengok gambar atas tu kepala pun tak potong lagi..tak menakutkan langsung bila dah lapar
Quote Simunggu 17-1-2022 08:52 AM
biawak pun banyak sekarang di Sabah...besar besar lagi...sumber protine tu
Quote mamajawie 17-1-2022 09:39 AM
mak aihh..ape kebuloq sangat sampai x menyempat nak potong kepala boya ni..yihhhhh
Quote Supersirap 17-1-2022 09:42 AM
Sedap ke daging buaya ini, ada macam daging kerbau?
Quote caprisonne 17-1-2022 09:48 AM
Ingatkan troll je rupa-rupanya betul2 makan buaya.. ohh manusia, gigi taring mu tidaklah setajam mana, tapi semua pun kau balun, tolak batu n kayu je.. tau la perut ada asid hidroklorik..
Quote ketambangkang 17-1-2022 10:00 AM
comel babi tu
Quote helicornia 17-1-2022 10:03 AM
Kembang tekak tengok gambar buaya tu
Quote Shazid 17-1-2022 10:03 AM
Ayam, daging n kambing mahal jgk ke smpi ganti makan daging buaya? atau adakah rasa kedua2 binatang ni sama
Quote buragazz 17-1-2022 10:15 AM
Aku pernah gi Siam ke Vietnam ekk tak ingat rasanya Siam gi le Lotus (Tesco) saja jalan2 sampai kat area barang basah nah kau.. buaya atas ais 2 ekor 5 kaki panjang.. diorang biasa je aku yang jakun... dan siat kulit tak silap.. dah lama tahun 2010 camtu..
Quote intan244 17-1-2022 09:49 PM
buaya haram sebab dia 2 alam kan, pastu gigi tajam ee.. islam is the way of life
Quote naina 17-1-2022 09:56 PM
Kalau duduk Sarawak sure makin pupus buaya2 ni kena makan
Quote sharlenetexas 17-1-2022 10:00 PM
Mana aktivis haiwan berpengkalan di bangkok? Tak buat kerja ke?

Quote AWEKSAMURAI 18-1-2022 06:23 PM
Ready lah ank cucu cicit keturunan kena sambar buaya nnti...buaya ni sifat pendendam dia makan ratusan tahun ye ... Ko makan buaya tu .. bau daging buaya tu ada dlm badan cucu cicit ko 100 lapisan  keturunan ko..... So nnti kalau suku sakat keturunan ko pegi dkt sungai yg ada buaya bleh jadi akan di sambar buaya ...
Quote sekngucing 18-1-2022 08:03 PM
ninja9 replied at 17-1-2022 08:39 AM
manusia kelihatan lembut sahaja tetapi bila makan habis semua dia ratah...

mamaliakah seranggakah  ...

matrix buat semua benda selain lembu dan kambing rasa spt ayam
katak rasa mcm ayam
buaya mcm ayam
belut mcm ayam
biawak mcm ayam
Quote sekngucing 18-1-2022 08:04 PM
intan244 replied at 17-1-2022 09:49 PM
buaya haram sebab dia 2 alam kan, pastu gigi tajam ee.. islam is the way of life

itik 3 alam boleh pula makan...
Quote Belibis 18-1-2022 08:42 PM
Supersirap replied at 17-1-2022 09:42 AM
Sedap ke daging buaya ini, ada macam daging kerbau?

Macam ayam katanya..tapi berapa lama nak bela sebelum matang?? Ayam 28 hari jer.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.061809 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top