CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Najwa Latiff Tetap Menyanyi Dan Keluarkan Lagu Walau Sibuk Jadi Pensyarah

17-1-2022 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1834| Komen: 11

Description: Kesibukan tugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta sama sekali tidak menjadi penghalang buat penyanyi Najwa Latif tampil dengan lagu baharu.
Kesibukan tugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta sama sekali tidak menjadi penghalang buat penyanyi Najwa Latif tampil dengan lagu baharu.


Menurut Najwa atau nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 26, dia tidak melihat pekerjaan tetap itu sebagai alasan untuknya mengundurkan diri daripada industri seni.

Sempena tahun baharu 2022, Najwa memberitahu dia muncul dengan single baharu berjudul Bertenang yang merupakan hadiah untuk peminat.


Foto: IG

Kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini, lagu tersebut dihasilkan bagi meniup semangat kepada pendengar supaya kekal bertenang meskipun dunia kini berdepan pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan lebih dua tahun.


"Bertenang merupakan sebuah lagu untuk mengingatkan diri bahawa kekurangan yang ada pada diri kita boleh jadi satu kelebihan dan untuk kita, sentiasalah bertenang dalam menghadapi segala cabaran di setiap fasa kehidupan.

"Banyak mesej positif yang boleh kita ambil dalam lagu ini. Paling menyeronokkan apabila buah tangan baharu saya ini dapat memberikan nilai baik kepada orang ramai. Saya harap kita semua dapat belajar menghargai diri kita sendiri.

"Saya rasa tanpa sokongan pendengar lagu ini tak mungkin dilancarkan. Sempena tahun baharu, berilah penghargaan kepada diri anda kerana sentiasa kuat berdepan apa jua ujian selama ini,” katanya.



Bertenang merupakan ciptaan sepenuhnya Ell Ghee dan susunan muzik oleh Amzar Sabri.

Berkongsi cabaran menghasilkan lagu ini semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, Najwa mengakui bukan mudah untuk menyiapkan lagu rakaman studio ke-21 nyanyiannya ini.




"Awalnya cabaran itu berkaitan dengan susunan lagu. Selepas beberapa bulan, cabaran untuk rekodkan lagu dan selepas itu mencari produksi untuk muzik video tersebut juga bukanlah sesuatu yang mudah.

"Tapi syukur Alhamdulillah saya dapat berjumpa dan bekerjasama dengan ramai orang yang sudi dengan lagu Bertenang ini seperti Amzar Sabri untuk susunan lagu dan penerbit dan MTAS Production untuk muzik video," ujarnya.

Video muzik (MV) lagu berkenaan menjadi trending dan menerima hampir 400,000 tontonan di saluran YouTube Najwa Latif.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-1-2022 09:08 AM
Educated. Berkerjaya tetap. Talented. I ok je ngn dek najwa neh
Quote BoongaKertas 17-1-2022 01:43 PM
power kome ni dik. teruskan buat lagu and keep inspiring people.
Quote Gianna111 17-1-2022 02:00 PM
artis muda / BBNU yang ada hala tuju..keep it up!
Quote Shazid 17-1-2022 03:44 PM
Pernah jemput die dtg prog jabtan iols....very humble sgt. keep up a good work najwa....semoga terus berjaya
Quote auntyonion 17-1-2022 07:41 PM
Nyanyi ok..kelakar pn ye..all the best
Quote nakkomenjugak 17-1-2022 08:09 PM
I rocks with uols dek non
Quote wirazam 19-1-2022 06:57 PM
Dia pensyarah kat ipts mana Tu..
Quote jerukkedondong 19-1-2022 06:59 PM
wirazam replied at 19-1-2022 06:57 PM
Dia pensyarah kat ipts mana Tu..

Lecturer TESL di UNITAR
Quote wirazam 19-1-2022 07:26 PM
jerukkedondong replied at 19-1-2022 06:59 PM
Lecturer TESL di UNITAR

Ok...hebat najwa nih.TQ ye
Quote Solokkk 20-1-2022 12:02 PM
Terus hasilkan lagu2 yg menarik
Quote jfq 30-1-2022 02:02 PM
Edited by jfq at 30-1-2022 02:03 PM

Aku tak faham konsep hadiah utk peminat ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048667 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top