CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Perkahwinan Kami Telah Sampai Di Penghujungnya' - Aquaman Bercerai

14-1-2022 05:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5609| Komen: 40

Selepas 16 tahun hidup bersama, aktor filem Aquaman, Jason Momoa mengumumkan perceraiannya dengan isteri yang juga aktres, Lisa Bonet.


Berita perpisahan tersebut dikongsikan sendiri Momoa, 42, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, @prideofgypsies.


Kredit foto: Vogue

Dalam hantaran tersebut, Momoa berkata kehidupannya bersama isteri juga sama seperti orang lain dan tidak terlepas dengan perubahan.

“Semua orang berdepan dengan pelbagai perubahan dalam tempoh masa penuh dugaan ini.


“Keluarga kami juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai perubahan itu.

“Jadi, kami ingin kongsikan berita bahawa perkahwinan kami kini telah sampai di penghujungnya,” tulis Momoa.



Bagaimanapun, pelakon kelahiran Honolulu, Hawaii itu bertindak menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Walaupun telah bercerai, pelakon itu berkata cinta antara mereka tetap akan kekal dengan cara berlainan untuk dirasai bersama-sama.


Kredit foto: Vanity Fair

Sekadar info, Momoa berkenalan dengan Bonet, 54, pada tahun 2005 dan berkahwin pada penghujung tahun 2017. Sepanjang hidup bersama, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gold_teeth 14-1-2022 06:35 AM
Ada bca yg wife dia ni adalah crush dia dari dia kecik.. sbab age gap pompuan tu tua byk kan.. dia tgk pompuan ni trus dia ckp she is the one. Baru je tgk pic mamat ni mesra je ngn retis pompuan lain. Hai hollywood senang sungguh kalo boring ke apa trus blahg
Quote kotakominami 14-1-2022 07:10 AM
Anak diorang comel....tapi memang tak sesuai.....semoga lisa balik semula dgn kravit tu.
Quote Redmyvi 14-1-2022 07:41 AM
gold_teeth replied at 14-1-2022 06:35 AM
Ada bca yg wife dia ni adalah crush dia dari dia kecik.. sbab age gap pompuan tu tua byk kan.. dia t ...

Betul tu, ada dalam interview apatah jason ada cakap dulu dia crush dgn lisa tu.. Bile dia masuk bidang lakonan kot baru dia ada peluang jumpa lisa nie masatu la dia start tackle lisa smpai la jadi bini dh.. tapi tula kan age gap depa 12 tahun gakla.. Jason plak dh semakin famous.. Lisa pun dh jadi retis veteran..
Quote Thunderclouds 14-1-2022 07:42 AM
Bonet pn dh level nenek. While Momoa in his prime. No surprise here.
Quote nadie90 14-1-2022 10:12 AM
Bukan main lovey dovey dgn bini yg katanya crush dia sebelum famous...bila nama dah popular, meletop mula la nak berpisah dan bercerai....begitulah ujian kt diri sndiri lagi2 di Hollywood....tak terkejut sgt sbb dah ad pelakon yg kena mcm ni
Quote KamikuP 14-1-2022 10:25 AM
It aint over till its over - kata Lenny Kravitz duda Lisa Bonet
Quote delia3003 14-1-2022 10:49 AM
Edited by delia3003 at 14-1-2022 10:50 AM

Tak pernah tau pun wife dia sebelum ni, rupanye ex-wife Lenny Kravitz dan mak Zoe Kravitz. Jauh nye beza umur, 12 tahun.
5 tahun je kawen tapi lama diorang couple sampai dapat 2 anak dulu baru kawen. Ala2 Brangelina couple plak, bercinta lama sampai dapat children tapi kawen sekejap je.

Jason saham tinggi skrg lepas jadi Aquaman, job pun tgh lebat. Ala2 Chris Pratt pulak, bercerai lepas popular.
Quote Wakefield 14-1-2022 12:42 PM

X sangka aquaman bercerai. Ingatkan dia akan kekal setia.

Couple ni + couple Hugh Jackman yg I tahu the hubs 'cinta mati' pada the wives yg jauh beza jarak umur n the hubs approached the wives first.

Hugh Jackman beza dgn wife 13 tahun.
Quote alesandra 14-1-2022 10:12 PM
gold_teeth replied at 14-1-2022 06:35 AM
Ada bca yg wife dia ni adalah crush dia dari dia kecik.. sbab age gap pompuan tu tua byk kan.. dia t ...

amboiii...dulu2 level pelakon extra takde pulak timbul citer pasal age gap.siap potray family man,cinta mati segala.skrg dah femes beriya la pulak pasal age difference.dasar!dengar kata dia curang.pic mesra tu dgn emilia clarke kan?

Quote alesandra 14-1-2022 10:17 PM
delia3003 replied at 14-1-2022 10:49 AM
Tak pernah tau pun wife dia sebelum ni, rupanye ex-wife Lenny Kravitz dan mak Zoe Kravitz. Jauh nye  ...

zoe dgn mak dia like mother like daughter sgt.dari segi rupa dan berlakon kayudulu2 penah jugak la tgk sitcom the cosby show tu.rasenya kalau nak tgk balik rerun program tu dah x boleh tayang sbb kes bill cosby.
Quote delia3003 14-1-2022 10:38 PM
Edited by delia3003 at 14-1-2022 10:56 PM
alesandra replied at 14-1-2022 10:12 PM
amboiii...dulu2 level pelakon extra takde pulak timbul citer pasal age gap.siap potray family man, ...


Kadang2 diorang ni portray diri sbg family man, sayang wife semata2 utk imej je. Jenis maintain kawen sambil makan luar pun ada. Lepas bercerai, break up, cepat je dapat pengganti.

Nampak nama Jason ni trending kat twitter semalam, ingat sebab apa, rupanye pasal ni. Elok plak dalam masa yg sama Megan Fox pun trending sbb bertunang.
Quote cm_asamkumbang 15-1-2022 02:24 PM
megan fox tu pun tak lama dpt nasib macam lisa bonet ni lah.
Quote gold_teeth 15-1-2022 05:57 PM
alesandra replied at 14-1-2022 10:12 PM
amboiii...dulu2 level pelakon extra takde pulak timbul citer pasal age gap.siap potray family man, ...

Btol uolss haha tp pisah pn cara baik je xde gado2 nmpak
Quote NengGos 15-1-2022 10:07 PM
omaiiii nak dorang nie mmg loving couple till death gituu, syg nya
Quote evlinne 16-1-2022 11:33 AM
alesandra replied at 14-1-2022 10:12 PM
amboiii...dulu2 level pelakon extra takde pulak timbul citer pasal age gap.siap potray family man, ...

Pic mesra momoa dgn clarke camne? Baru tahu depa dua curang. Choiii. Clarke tu dah ada laki gak kan
Quote evlinne 16-1-2022 11:34 AM
cm_asamkumbang replied at 15-1-2022 02:24 PM
megan fox tu pun tak lama dpt nasib macam lisa bonet ni lah.

Kenapa pulak tu uols?
Megan pun curang ke dulu
Quote alesandra 16-1-2022 10:33 PM
evlinne replied at 16-1-2022 11:33 AM
Pic mesra momoa dgn clarke camne? Baru tahu depa dua curang. Choiii. Clarke tu dah ada laki gak ka ...

menurut pembacaan kat igthe cheating part tu sebenarnya dah lama dan x semestinya dgn emilia.pic mesra tu sebenarnya jason sendiri yg upload kat ig bukan pic kantoi ke apa.cuma bila dah separate tu yg org triggered.
Quote cm_asamkumbang 19-1-2022 06:53 AM
evlinne replied at 16-1-2022 11:34 AM
Kenapa pulak tu uols?
Megan pun curang ke dulu

membawa maksud, yg tua akan di tinggal kan..gituuu
Quote dani-rox 19-1-2022 07:37 PM
Walaupun telah bercerai, pelakon itu berkata cinta antara mereka tetap akan kekal dengan cara berlainan untuk dirasai bersama-sama.


retis kalo buat stetmen memang takmo setaraf dgn marhaen kan, memanjang dok di awang2an

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053786 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top