CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Komando Israel Disangka Musuh Mati Ditembak Tentera Zionis

14-1-2022 06:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1063| Komen: 2

Description: Dua komando Israel terkorban dalam satu insiden tembakan di Tebing Barat kelmarin.
Dua komando Israel terkorban dalam satu insiden tembakan di Tebing Barat kelmarin.

Dua pegawai tersebut sedang melakukan rondaan di sekitar pangkalan di Lembah Jordan ketika mereka ‘disangka musuh dan ditembak’ tentera Israel.



Kredit foto: Israel Defense Forces/Times of Israel

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengesahkan insiden itu dan menzahirkan kesedihan serta memaklumkan siasatan segera akan dilakukan, lapor AFP.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett turut mengucapkann takziah kepada keluarga dua tentera berkenaan.


Berdasarkan siasatan awal, dua pegawai tentera itu meninggalkan kuarters dan menuju ke kawasan latihan kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan.


Gantz, kanan
Kredit foto: Israel Defense Forces/Yonatan Sindel/Flash90

Tidak lama kemudian, tembakan amaran dilepaskan selepas pasukan tentera mengesyaki ada musuh cuba menceroboh.

Seorang tentera dari unit sama yang ketika itu sedang berkawal di kawasan berhampiran menembak dua pegawai tersebut tampa menyedari mereka adalah rakan sepasukannya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-1-2022 09:04 AM
Bagus may you rot in hell
Quote BartholomewKuma 14-1-2022 09:17 AM
Takziah dan padan muka la na. Pi mampuih melingkup teruih pun tak pa aihh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042897 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top