Seorang kanak-kanak terbunuh dan enam cedera apabila satu bom meletup dalam sebuah bas awam di selatan Filipina, semalam.
Sehingga kini, tiada kumpulan militan tampil mengaku bertanggungjawab atas insiden yang berlaku, lapor AFP. Menurut polis, letupan itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan di lebuh raya di Cotabato City. Jurucakap polis di pekan Aleosan, Randy Hampac berkata, bom tersebut dipercayai diletakkan dalam bas berkenaan. “Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terkorban dalam kejadian itu, manakala enam lagi cedera termasuk bayi berusia lima bulan,” katanya.
Laporan polis memaklumkan seorang daripada mangsa ternampak seorang penumpang lelaki meninggalkan sebuah ‘bagasi’ di dalam bas itu sebelum dia turun di satu hentian. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT