Lapan tahun melayari alam rumah tangga, pelakon Siti Elizad berkata dia dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada Selasa, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37, berkata dia enggan lagi terlalu berharap kerana percaya Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik. “InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua. “Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.
“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram... kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga," ujarnya kepada mStar. Terdahulu, Elizad menerusi Instagram memuat naik ucapan sambutan ulang tahun perkahwinan kelapan mereka yang menyentuh hati. Menerusi kapsyen, penyampai radio Sinar FM ini meminta orang ramai mendoakan rezeki dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan tersebut. Perkongsian Elizad itu turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat. Sementara itu, Elizad memberitahu, zuriat bukanlah satu isu dalam rumah tangga yang dibina itu kerana suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu. “Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain... tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya. Sumber: mStar
|
chilly replied at 11-1-2022 05:29 PM
Kesian dia. Ada yang anak sorang pon sebok tanya bila nak tambah lagi. Ada dua boboy/gegirl eh di ta ...
cmf_jeangrey replied at 11-1-2022 07:33 PM
Tak perlu suruh laki tu kawin lain pun...kalau dia nak sgt, lama dah dia mintak kan..ada yg kawin sb ...
Cece1234 replied at 12-1-2022 01:53 AM
Ur friend sama cm i..mmg xde plan nak anak..org cakap apa i wat bodo je malas nak justify apa2..my ...
ADVERTISEMENT