|
Sumber Instagram Ain Edruce Tidak dinafikan, berpenampilan menarik itu amat penting bagi selebriti. Bagaimanapun, tatarias yang sering ditonjolkan itu bukanlah perkara yang dilakukan setiap hari tetapi hanya sekadar sebahagian daripada pekerjaan mereka. Di luar waktu kerja, mereka lebih memilih gaya ringkas dan solekan tipis. Namun, adakalanya penampilan ringkas mereka mendapat teguran kononnya tidak bersiap.
Selebriti, Ain Edruce juga tidak terlepas daripada menerima komen sebegitu. Menerusi Instagram dan TikTok, wanita itu memuat naik video transisi memaparkan dirinya tanpa solekan dan hanya memakai pakaian harian di rumah kemudian menunjukkan versi dirinya yang sudah 'bersiap'.
|

ADVERTISEMENT