CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Aktor Hebat Tak Perlu Berjuta Followers" - Ogy Kagumi Pelakon Squid Game

11-1-2022 01:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1400| Komen: 19|Original author: tatod

Description: Isu syarat pelakon perlu mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosial terus hangat diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Sumber Google

Isu syarat pelakon perlu mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosial terus hangat diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Ada yang mempertahankan keputusan stesen TV dan ada juga yang merasakan perkara itu tidak adil kerana seseorang itu harus dinilai pada bakat dan bukan jumlah peminat semata-mata.

Pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud antara selebriti yang secara terbuka kurang bersetuju dengan syarat berkenaan. Menerusi Instagram, Ogy mengulas kemenangan Oh Yeong-Su dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Golden Globe 2022 bukan dipengaruhi jumlah pengikut media sosial.


Kemenangan yang memihak kepada pelakon berusia 77 tahun itu adalah disebabkan mutu lakonan dan pemahaman watak hingga menambat hati juri Hollywood. 


Sumber Malay Mail
"Malaysia sekarang sudah jadi kilang pelakon tidak bermutu kerana produser tunduk pada kehendak stesen tv. Saya suka berlakon dengan bakat baharu tetapi bakat baharu yang ada ilmu dan membuat persiapan. Bakat baharu macam ini saya respect.

Mereka walapun pertama kali sudah ada ilmu. Malaysia sekarang ambil influencers yang malas timba ilmu," katanya.




Kata Ogy lagi, syarat berkenaan jumlah pengikut itu adalah disebabkan mereka yang tamakkan wang ringgit sehingga menjahanamkan seni.



"Mereka utamakan penaja daripada seni itu sendiri. Mereka tidak melihat seni mellui mta hati. Maka itu mereka tak nampak seni anugerah Allah ini bukan anugerah yang harus dipandang remeh," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 11-1-2022 01:50 PM
akak.. akak berlakon pun takde lah best tara mana. Yang penting hutang dah habis bayar belum kak?
Quote dudaberhias 11-1-2022 01:52 PM
bohong sangat nek pes kari oiii... deorang pun dah dapat bermilliyunzzzz followers...
deorang bukan aktor hebat mana pun cuma siri deorang tu viral dan hit...


eee tu pun taktau kerrr... cuba la engkau pulak join siri2 drama hit netflix...

tu pun entah ada ke yang nak... tak pasal2 baru audition dah kena lempar kot tingkap sebab over berlakon lepastu kerja marah2 orang serta sombong, bongkak asyik dia je betul...
Quote kakigojes 11-1-2022 02:14 PM
Aktor kalau hebat,
Tentu job lebat,
Pasti pendapatan tak sekat,
Arakian tidak patut berhutangan.


Haiku daku
Quote nakkomenjugak 11-1-2022 02:17 PM
mata hati nek ogy terbukak tak untuk bayar hutang?
yelerrrrr nek ogyyyy... industri deme lainnn
drama, show, filem demeee... berbagai2 tema
orang selalu bising pasal cite drama romcom korea mesti tak pernah tengok movie korea. escape from mogadishu, man in the tunnel, etc.. macam2 tema boleh buat

cerr buat movie pasal krisis imf 97-98 dulu
something yang dunia boleh relate
macam mana malaya atasi benda tu
iol percaya ramai nak nengok, apatah lagi orang2 yang handle krisis time tu masih hidup lagi, boleh jadik sumber rujukan
ni balik2 kena banned halahhhhhh
itu yang kita lackkkk nek ogyyyy
Quote GegarVaganja 11-1-2022 02:25 PM
Aktor hebat tak jual sambal untuk bayar hutang.
Dia jual sambal untuk mengisi masa lapang time pkp je

Quote umbut 11-1-2022 06:04 PM
Ada ke di compare industri korea ngan kita..cam langit ngan bumi tauuu..hahaha
Quote pencintaABC 11-1-2022 06:08 PM
Hello nek ogy..lee jung jae tu pun helok ye masa umur 20an ramai fans antara yg legend. Wi Ha Joon tu tersangatlah handsome, wangi, muka licin tak mcm hero melayu muka penuh jerawat berlobang level kelindan lori. Pelakon perempuan tu pulak runaway model. So argument nek ogy tak valid. Teruskan tumbuk sambal utk bayar utang teater aritu.
Quote izat123 11-1-2022 06:09 PM
Producer hebat pun bayar gaji krew dan penulis skrip kak.
Quote Rogue98 11-1-2022 06:20 PM
Tapi citer squid game tu meletop2. And lakonan level world..(back kata Mawi). Untung  syarikat filem berkali2 ganda kak....takkan follower sejuta pun takleh dapat. Jahlop yg takde bakat tu pun dah 8juta follower...
Quote Tembikaigoreng 11-1-2022 07:09 PM
Kenapa dia selalu rasa dia paling berbakat nie, dia tak tau ke Aku kalau nmpk dia kat drama or movie aku cepat² tukar channel or tak tengok langsung
Quote ariellin 11-1-2022 07:38 PM
Jauh sgt nk bndingkan retis kita dgn south korea acik oiiiii .

Pelakun kita ni mcm berlakun jd diri sendiri sbb dlm drama mekap tebal.. kat ig pun mekap tebal

Kalau retis dorg.. nmpak woww sgt time pegi event je.. kalu dlm drama tu minimalis je mekapnya tauu

Tu contoh plg mudah laa
Quote beta_carotene 11-1-2022 07:49 PM
GegarVaganja replied at 11-1-2022 01:25 PM
Aktor hebat tak jual sambal untuk bayar hutang.
Dia jual sambal untuk mengisi masa lapang time pkp j ...

Hahahaa vavi
Quote Carlos7 11-1-2022 11:43 PM
Terpaling perasan berbakat.
Quote dudaberhias 11-1-2022 11:52 PM
ariellin replied at 11-1-2022 07:38 PM
Jauh sgt nk bndingkan retis kita dgn south korea acik oiiiii .

Pelakun kita ni mcm berlakun j ...

khen kaka... pelakon sini basic grooming dan penjagaan diri pun fail ada hati nak fefeeling taraf2 south korean dan samakan dengan siri hit squid game

nengok TV pun rasa nak kalih ke animal planet... lagi berair akak nengok singa mengawan berbanding pelakon2 wajah permukaan kawah bulan dan kelindan lori
aiyooo rambut panjang... kulit menggerutu... jambang penuh macam sabut kelapa... semua basic grooming pun gagal...

orang kerja jaga kaunter gomen tu lagi kemas walaupun muka caprut macam cuka nipah...

Quote bluecrystal 12-1-2022 12:45 AM
artis korea bukan bergantung kat ig..kat sini je kite beriye, budak sekolah pun followers beratus puluh ribu..
Quote becir 12-1-2022 01:32 AM
Takde apa nak Komen kecuali lepas ni Nek oggy dapatla ye watak pempuan tua yg kena dera ngan anak dia...kalau budak muda Tu pukul lepuk tonyoh kepala jgnla mengadu byk sebab nak menjiwai watak Kan?
Quote buragazz 12-1-2022 09:28 AM
dudaberhias replied at 11-1-2022 01:52 PM
bohong sangat nek pes kari oiii... deorang pun dah dapat bermilliyunzzzz followers...
deorang bukan  ...

Baru nak cakap perkara sama.. memang le follower palakon tu secoit tapi follower siri lakonan dia tu berbiliion..
Quote jerukkedondong 12-1-2022 12:30 PM
Tapi sedih kn hidup kak ogy...saat usia sdh mnginjak senja... mak.. ayah.. suami dah tiada...hidup dikelilingi hutang dan masalah...pada siapa nak mengadu
Quote fealefea 12-1-2022 12:40 PM
Nk mengata hero heroin drama die kee

Lihat semua komen(19)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068421 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top