CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kembar Ditemui! Muka Sebijik Sajat, Bekas Pramugara Selalu Dipanggil 'Kakak'

11-1-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3947| Komen: 14

Description: Sama tapi tak serupa.
Sama tapi tak serupa.

Begitulah gambaran mengenai bekas pramugara ini yang dikatakan memiliki wajah iras usahawan kosmetik, Nur Sajat.


Menurut Jerry Nelson John, 31, dari Sabah, teguran mengenai persamaan itu makin menjadi-jadi selepas dia menyimpan rambut panjang, sejak tahun lalu.

Foto: mStar Online


"Dulu ada kawan yang tegur, mereka kata wajah saya macam Sajat. Kemudian bila saya dah tak bekerja sebagai pramugara, saya mula simpan rambut panjang. Makin ramai orang samakan wajah kami.

"Sudah banyak kali berlaku, bila pergi ke kedai makan, pelayan kedai pun tegur benda sama. Bila panggil untuk ambil order, mereka sapa saya dengan gelaran kakak. Dua tiga kali dia pandang.

"Teguran mengenai persamaan wajah saya dan Sajat makin menjadi-jadi selepas simpan rambut. Kebetulan saya warnakan dengan warna perang. Lebih kurang sama dengan rambut Sajat.

"Tapi saya jenis yang positif. Saya tak ambil hati dengan benda macam tu. Kita pun tahu Sajat cantik orangnya," ujar jejaka etnik Kadazan itu.



Baru-baru ini, dia yang senang disapa Jerry turut menghasilkan video miming menggunakan suara Sajat sehingga tular di aplikasi TikTok.

Malah, ramai netizen turut membanjiri posting itu dengan komen yang memperkatakan hal sama.

"Macam-macam komen yang saya terima. Ada yang kata seiras Sajat, ada yang kata hanya 50 peratus macam Sajat. Tapi Alhamdulillah setakat ini, belum ada komen negatif atau benda-benda yang menyakitkan hati.

"Kalau ada sekali pun, saya tak akan hiraukan. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Jenis saya, saya tak ambil kisah. Orang bukan tahu apa yang kita rasa. Bukan mereka bayar bil kita," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Jerry merupakan salah seorang pramugara yang terkesan dengan pandemik Covid-19..

Berkhidmat lapan tahun di awan biru, kerjaya Jerry bagaimanapun berakhir pada Oktober 2020, sekali gus memaksa dia mencari alternatif lain dalam menyara kehidupan.

"Disebabkan Malaysia dilanda pandemik, banyak syarikat mengurangkan pekerja. Saya juga turut terkesan. Awal tu bila tahu diberhentikan, saya memang sedih. Kemudian saya ambil masa dalam sebulan untuk berehat.

"Selepas itu saya mula jual laksa Sarawak. Saya buat secara try and error saja. Bila kawan kata boleh 'jalan' terus saya jual kepada orang ramai.

"Setiap kali buat laksa, mesti sold out. Namun pandemik makin teruk, kilang yang buat pes laksa Sarawak tu tak dapat proses untuk saya. Sangkut di situ, tapi sampai sekarang, pelanggan masih mesej dan cari laksa jualan saya," ujarnya.

Enggan berputus asa, Jerry kemudiannya tampil dengan produk makanan tambahan pula sejak pertengahan Oktober 2021 demi mencari rezeki buat keluarganya.


Foto: mStar Online

"Produk ini masih baharu. Tiada siapa yang kenal. Saya buat produk suplemen. Mujurlah ketika jadi pramugara pun, kita memang ada aktiviti menjual dalam pesawat.

"Jadi, saya gunakan kemahiran itu dalam bisnes yang saya lakukan sekarang. Cuma suasananya berbeza. Dulu kita berhadapan dengan penumpang, sekarang banyak komunikasi dalam telefon dengan pelanggan.

"Kalau ada rezeki, saya nak luaskan lagi bisnes ini sehingga ke Brunei dan Indonesia. Tapi ia terlalu besar untuk saya capai setakat ini.

"Saya bersyukur dengan rezeki yang ada. Cukup untuk bantu mak ayah yang tak bekerja di Sabah," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 11-1-2022 11:31 AM
hamboihhhhh..tajamnyehhh idung sama level ngan lenak noding dengan dakjat ea..
Quote cikatilia 11-1-2022 11:41 AM
mcm mana boleh tajam semua hidung dah mcm rupa topeng aje dah rupa tu
Quote dudaberhias 11-1-2022 11:44 AM
Ni bukan muka sama, tapi ambil pakej pembedahan plastik yang sama kebetulan yang ni memang pra ponen bottom gittew khen

Harap2 dia boleh bagitau klinik mana dia pergi so acik2 porum boleh blacklist siap2 macam klinik si lahanat nodin dan budak ijat tu pergi
Quote Gianna111 11-1-2022 11:51 AM
clinic yang sama ker???
Quote chandrahusin 11-1-2022 11:56 AM
muka masa jantan tu dh elok kacak dh
sibuk jgk nak jadi pempuan
mcm Nizam Rahman tu
hansem kot
sayang la sibuk jadi pempuan
Quote Rogue98 11-1-2022 12:01 PM
Sorang sajad pun dah cukup dah...tak payah lah tambah2 lagi...
Quote mummydarling 11-1-2022 12:19 PM
kenape mate aku nengok muke die mcm ewal versi tinggi dan hidung tak bape kembanggg
Quote prince_marhaen 11-1-2022 12:44 PM
sah-sah sama ponen muka bikin... netizen garit ni pun semua benda nak gesek bijik..buta ke sah sah pakej operate muka ikut template... tapi sajat nampak la lawau..ni macam sajat accident jek..nk kata pondan tak pondan, jantan tak jantan... konpius lettuw
Quote prettyuglybabe 11-1-2022 12:45 PM
dah kelempuk gi pun alter kat klinik yang sama, mau tak sama rupanya..
anyway, sabah takde laksa ke?
Quote sambaldurian 11-1-2022 12:45 PM
Bnyk duit dorg jual OEM produk, tukar jenama je.
Quote Plain-tif 11-1-2022 01:33 PM
Hidung tu seram nengoknya
Quote lasagna 11-1-2022 01:42 PM
mummydarling replied at 11-1-2022 12:19 PM
kenape mate aku nengok muke die mcm ewal versi tinggi dan hidung tak bape kembanggg

yaa iols pun igt versi si Ewal, skali pandang, pastu dgn rambut pun mcm Ewal.
ehhh ckup laa bamjat sorg tak yah byk2.. semak wehh.
Quote nakkomenjugak 11-1-2022 02:25 PM
okayyyy agak merembesss nengok time heol jadik FA
tapi terus turn off nengok heol rambut panjang
Quote belacan_gurl 11-1-2022 04:13 PM
Hahahhha sajad jonggang gigi atas...mamat ni jonggang gigi bawah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.355200 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top