CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Risau Saya Tak Rebut Mikrofon," Iqbal Bakal Taja Gegar Vaganza Musim Depan?

11-1-2022 11:27 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 3155| Komen: 26|Original author: ameenarara

Description: Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi bersama bekas majikannya, kali ini Iqbal Zulkefli muncul kembali dengan semangat baru dengan meluahkan hasrat untuk menaja program Gegar Vaganza (GV) musim ...
Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi bersama bekas majikannya, kali ini Iqbal Zulkefli muncul kembali dengan semangat baru dengan meluahkan hasrat untuk menaja program Gegar Vaganza (GV) musim depan.


Dalam temuramah bersama Mstar, menurut Iqbal dia pernah mengintai peluang untuk menaja program nyanyian itu pada musim ini namun tiada rezeki.

Foto: IG Iqbal

"Sepatutnya tahun ini saya nak taja GV, saya sudah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen tapi sebab sudah ada penaja lain yang ambil dahulu jadi terlepaslah peluang itu," katanya ketika ditemubual.

Tambahnya lagi, "Dalam banyak-banyak program hiburan saya nampak GV ada pasaran luas, memang sudah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk... kalau taja program Islamik atau ilmiah kurang sambutan penonton."

Iqbal turut menjelaskan sudah empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan dan menggunakan platform media penyiaran untuk memasarkan produk melalui beberapa program yang dibayarnya.


"Maklumlah orang kita tak nak tengok program ilmiah," jelasnya apabila menceritakan tentang pemasaran perniagaannya itu.

Dalam pada itu Iqbal juga mendedahkan, "Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia. Cuma buat masa ini belum rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja. Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti, mahu bantu mereka tingkatkan strategi pemansaran kerana hal ini juga penting dalam masa sekarang."


Iqbal berazam untuk membawa kelainan 200% dalam program tersebut dan akan pastikan program itu tidak sama seperti sekarang.

"Tapi jangan risau saya tidak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri," jelasnya sebelum mengakhiri temubual.

Hebatnya Iqbal siap mampu taja program rating tinggi. Kalan begitu, kita nantikan apa kelainan yang akan dibawa Iqbal. Jangan sembang saja lebih! - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 11-1-2022 12:40 PM
X pyh la kebal oooiiii
Kang sbb pro
Quote meah_kelabu 11-1-2022 12:43 PM
dia ni menjual ape sbrnye? sbb xnampak mcm jual barang pun
nampak mcm jual diri.... untuk dicerca
Quote Tokeybundle 11-1-2022 12:44 PM
X pyh la kebal ooi
Kang sbb produk kau org nyampah nak tgk gv dah
Quote dudaberhias 11-1-2022 12:47 PM
sembang banyak sangat... orang dah tak heran dan dah lali nak mendengar atau percaya...
dari menaja GV tu baik la kau upgrade rumah parent yang dah macam dhaif rhopernya tu...
Quote DayangKirana 11-1-2022 12:50 PM
krik..krik..krik..

if not because of his failed relationship with bida, he is hardly anybody.. gigih nk cipta nama, balik2 mesti nk relate balik ngan bida...
Quote bulalof 11-1-2022 01:02 PM
just shut up!
Quote Plain-tif 11-1-2022 01:30 PM
Buang masa!
Quote Mulotkoyak 11-1-2022 01:31 PM
Program agama ko kutok.. Bg la contoh lain selain gegar keranda tuh.. Mcm muzik2 ke.. Drama tv pun ok je kot... Ko dh knape?
Quote lasagna 11-1-2022 01:44 PM
perghh dia dah bg byg dah utk taon dpn.. well we will see camne.
kot laa boss susu tak mau bg dia caras ke kan ehh tiberrrrrr.
Quote Minyakyuyi 11-1-2022 01:49 PM
Lembu2 bos susu tersenyum sinis dgr berita ni
Quote KamikuP 11-1-2022 02:33 PM
meah_kelabu: dia ni menjual ape sbrnye? sbb xnampak mcm jual barang punnampak mcm jual diri.... untuk dicerca


Dia jual kemaluan nokss.. sbb malu tiada dalam kamus hidup beliau
Quote Suchi 11-1-2022 02:51 PM
lasagna replied at 11-1-2022 01:44 PM
perghh dia dah bg byg dah utk taon dpn.. well we will see camne.
kot laa boss susu tak mau bg dia ca ...

Dia tgh gaduh ngn tok bida kat ig tok bida hahahah gara2 stekmen ni. Tok bida ngamuk bengang kabo kacang lupakan kulit, pastu dia komen ungkit abis isu hadiah aishah, isu lhdn bagai.
Dia kabo tok bida pecat dia sbb cemburu taktaula dorang ni saja ke gaduh ke apa.
Quote awenda507 11-1-2022 03:12 PM
toksah la kebal. silap2 lg kena banned produk ko yg dah sedia tak femes tu
Quote royaldanish 11-1-2022 03:15 PM
taun ni wujud product baru le tu
Quote ninjago 11-1-2022 03:17 PM
dia ada company apa? business apa? ingat GV senang2 je nak accept sponsor?? tak pasal2 kang kena sangkut dgn mcm2 issue.
Quote mummydarling 11-1-2022 04:06 PM
makaa bergaduhlaa semuaaa
Quote dinosaurpink 11-1-2022 04:07 PM
Sebenarnya dia nak cakap dia nak masuk bertanding lah tu sebenarnya
Eh kan ke aku ada lagu juga seketol?katanyeh

Muntah
Quote missyL 11-1-2022 04:08 PM
Mendobi ke bdk nie.

Tibe2 naik name lak lepas jodoh xsmpi
Quote amyainsamad 11-1-2022 04:28 PM
biarla farm fresh yg taja.....boleh blaja pantun dgn  bos susu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064485 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top