CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Pemain Golf 'Diserang' Ketam Kelapa Gergasi

5-1-2022 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1875| Komen: 9

Sekumpulan pemain golf terkejut kerana mereka mendapat tetamu yang tidak diundang iaitu seekor ketam gergasi ketika sedang bermain di sebuah padang golf di Pulau Krismas, Australia.



Kredit foto: YouTube

Rakaman kejadian itu dimuat naik ke laman rangkaian sosial Reddit pada Ahad lalu yang menunjukkan ketam tersebut memanjat sebuah beg golf di pulau itu yang terletak kira-kira 1,500 kilometer dari daratan Australia.

Seorang lelaki, Paul Buhner membuat rakaman video itu dengan menyatakan bahawa kumpulan pemain golf tersebut baharu saja kembali dari lubang keenam sebelum mereka berlari ke arah haiwan raksasa itu.


Menurutnya, dia membuat rakaman itu pada tahun 2020 tetapi berasa terkejut apabila mendapati ia mula muncul di laman perkongsian video Reddit pada Ahad lalu.



Ketam itu dikenali penduduk tempatan sebagai ketam kelapa dan beratnya boleh mencecah sehingga empat kilogram dan lebar satu meter.

Penduduk tempatan akan menyangkut beg mereka di dahan pokok bagi mengelak ia dipanjat haiwan tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 5-1-2022 09:29 AM
sepatutnya ketam tersebut menyepit buah2 pelir mereka
Quote taji2906 5-1-2022 10:02 AM
sedap kann ketam ni? sebab dia mkn kelapa. manis mcm air kelapa gitu.
aku pun tgk law of the jungle tu je dorg mkn ketam ni
Quote Shazid 5-1-2022 11:28 AM
Erkkkkkk.....boleh makan ke?
Quote cmf_PariS 5-1-2022 11:58 AM
br nk tanya boleh  makan ke
Quote bbasir 5-1-2022 12:55 PM
ketam ni sedap. daging dia bau kelapa
Quote dua_chzy 5-1-2022 12:58 PM
Kalau ketam ni dok Asia, takde chance dah nak bebas bersukaria begini.
Quote Artemesiaa 5-1-2022 01:02 PM
Dah ia sendiri serah diri bawak balik boleh buat bbq.
Quote Simunggu 5-1-2022 01:05 PM
sedap makan ni...biasa ikan ikan banyak di padang golf
Quote buragazz 5-1-2022 01:13 PM
Macam Labah2 Alien pun ada... jgn kata makan klu jumpa aku dah lari dah ni...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034525 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top