CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tya Ariffin Dianak Tirikan Industri Seni Malaysia?

4-1-2022 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4683| Komen: 47

Description: Pelakon dan selebriti usahawan, Tya Ariffin, 28, tidak pernah menganggap dirinya dianak tirikan oleh industri seni hiburan tempatan meski kehadirannya tidaklah serancak atau seaktif artis-artis lain y ...
Pelakon dan selebriti usahawan, Tya Ariffin, 28, tidak pernah menganggap dirinya dianak tirikan oleh industri seni hiburan tempatan meski kehadirannya tidaklah serancak atau seaktif artis-artis lain yang memfokus kepada bidang ini.


Menurut Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari, bahkan tidak pernah menggenggam sebarang anugerah berprestij di Malaysia juga bukanlah satu penyebab untuk dirinya putus asa untuk meneruskan impian dalam gelanggang seni di negara ini.


Foto: IG

“Sejak menceburkan diri dalam bidang hiburan sekitar tahun 2015, perjalanan karier seni saya tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai onak dan duri terpaksa saya tempuhi sebelum berjaya mencuri hati peminat tempatan.


“Saya bahkan tak pernah menang anugerah. Tak kecil hati pun kerana secara tidak langsung, ia menyuntik semangat saya untuk lebih giat menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Lagipun, saya sedar, untuk berada di kedudukan sekarang pun, tentulah ia tidak akan berhasil jika tanpa sokongan peminat dan semua pihak,”katanya.


Berikutan itu, menurut menantu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni, Tya menanam azam untuk kembali aktif di kaca televisyen dan hadir dengan semangat yang baru.

“Melangkah ke tahun yang baharu, ini adalah satu daripada azam saya pada tahun ini. Saya teringin untuk meneroka dan meluaskan pengalaman dalam bidang pengacaraan. Saya percaya, andai ada rezeki, pasti tidak akan ke mana,”katanya.

Dalam pada itu, berbicara mengenai soal rezeki, kata Tya, dia juga berbangga dan lega kerana perniagaan yang diusahakan dengan suami, Asyraf Khalid, juga semakin berkembang dalam empayarnya yang tersendiri.



“Alhamdulillah, perniagaan kami di bawah jenama Mutyara Beauty juga nyata memberikan impak besar dalam kehidupan saya. Meskipun ada pasang surutnya, namun saya yakin, semua ini adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

“Banyak pengiktirafan untuk jenama yang kami berdua usahakan ini, dan ia sungguh tidak terjangkakan,”katanya.



Menurut Tya, antara anugerah keusahawanan yang diraihnya sebelum ini termasuk Anugerah Superbrands 2021, Nona Superwoman Awards 2020 menerusi kategori Most Promising Entreprenuer Award serta The BrandLaureate SMEs Best Brands e-Branding Award.

Tidak cuma itu, Tya juga dipilih sebagai pemenang Anugerah Ikon Selebriti Rakan Sokongan Penyusuan Susu Ibu peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 4-1-2022 07:00 PM
Alahai. Kalo kau bukan menantu tokti ko nobody lah. Onak duri kemain.
Quote dudaberhias 4-1-2022 07:04 PM
Dah engkau pun memang who are yusss... Btw iols pernah tengok dia berlakon memang tip roo menjadi lakonan dia, cuma rengsa slang melayu dia agak pelat padahal dia pun melayu palembang kan?

Satu lagi mestilah heshe ni demand payment tinggi, tu yang pengarah taknak... Instafamous RM500 tu lagi ramai pengarah nak k... Dah lee murah, kayu kayan pun takpe janji murah
Quote Zeatyisaac 4-1-2022 07:10 PM
Sabarlah Tia. Malaysian pun ramai yang terpinggir apatah lagi non Malaysian. Namun, I suka Tia, dia seorangbyang rajin dan down to earth. Just be yourself Tia. I love the way you are and I think a lot of people second me on this.
Quote KBW2 4-1-2022 08:12 PM
Lakonan kayu balak dibawa banjir toksahlah cakap banyak
Quote newyork 4-1-2022 08:18 PM
Cantik dia ni apesal la kawin dgn anak tok K yg kacak tu..
Quote slyfynx 4-1-2022 08:33 PM
Menurut Tya, antara anugerah keusahawanan yang diraihnya sebelum ini termasuk Anugerah Superbrands 2021, Nona Superwoman Awards 2020 menerusi kategori Most Promising Entreprenuer Award serta The BrandLaureate SMEs Best Brands e-Branding Award.


Tidak cuma itu, Tya juga dipilih sebagai pemenang Anugerah Ikon Selebriti Rakan Sokongan Penyusuan Susu Ibu peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan.


Byk nau tanda soal atas kepala aku masa aku baca part ni. Dah mcm anime character tgh confuse
Quote uori 4-1-2022 08:35 PM
muka dia taklah leluhur sangat, tapi anak2 dia pekat sungguh
Quote Aikiko 4-1-2022 09:00 PM
Iols rasa klau indonesian seleb nak kembangkan karier deols kat sini mmg payah sket....same with msian seleb p sana exc:arwah ashraff
Quote Normabaru 4-1-2022 09:02 PM
dudaberhias: Dah engkau pun memang who are  ...


Tip roo tu ape Duda..ko nk kata tip top ke cmne
Quote Normabaru 4-1-2022 09:06 PM
Down to earth jadah?

Anak org lahir..dia yang upload dlu

Geran utk SME bumi dia sapu
Bantuan Tekun dia masuk

Hujung2 beli award mcm2 nk buktikan diri dh bjaya..berjaya produk timbang kilo Pon nk kecoh..
Now nk marketing blk..so nk tembus industri seni msia plak ke?

Rengsa betul kaka dgn puak2 Trisna Frisky dok suka merempat kt msia..still xcukup2 lg ke nikmat n rete yang dh kumpul tu???
Quote NEmma 4-1-2022 09:16 PM
Nak mengacara? Tolong la lupakan.. Awkward sangat dia ni kalau mengacara..Jadi la ye, asal ada issue untuk nama disebut & dibuat artikel.. Dianaktiripun boleh la..
Quote imanjannah 4-1-2022 09:16 PM
tak tahu pun dia berlakon tapi dia ni mmg cantik sungguh
Quote Suchi 4-1-2022 09:19 PM
Masalahnya pelakon malaysia pun ramai tak penah menang anugerah walau lebih lama dlm industri ni berbanding kamu.
Bukan dorang tak terbaik tp kebetulan time tu ada byk calon lain bagai atau time ada drama yg bagus dorang berlakon bleh plak tahun tu takde anugerah bagai.
Quote fazila17 4-1-2022 09:34 PM
Kat indo pun tak laku kan? Jangan menyibuk dgn industri sini pulak
Quote naina 4-1-2022 09:34 PM
Itulah cantik betol minah Indon sorang ni. Heran aku dengan kecantikan dia ni. Pakai penaik seri ke wei. Dari dulu lagi dia lawo. Indon kan masih kuat pakai memakai ni. Nauzubillahi min Zalik.
Tapi jangan buka mulut la. Sebab aku tak suka dengar dia bercakap. Pekat sangat Indon. Lidah tebal. Tak smooth..
Quote naina 4-1-2022 09:36 PM
Normabaru replied at 4-1-2022 09:06 PM
Down to earth jadah?

Anak org lahir..dia yang upload dlu

Yeke nokss award2 tu boleh dibeli. Baru ni nampak Wawa Jenal pun terima award juga walau dalam pantang gigih naik pentas.
Quote Normabaru 4-1-2022 09:40 PM
Edited by Normabaru at 4-1-2022 11:42 PM
naina replied at 4-1-2022 11:36 PM
Yeke nokss award2 tu boleh dibeli. Baru ni nampak Wawa Jenal pun terima award juga walau dalam pan ...


Ye..siap ada kelas dia..platinum ke gold ke silver ke..tgk poket ko nk byr berapa

nak Tau award beli ke xbeli..tengok sapa juri sapa contestants..

Kalau acah sume founder(read as who 'found' the best kilang to bikin product timbang kilo) pastu xde badan bertauliah yang jadi juri..ko anggap jelaa award tu mcm main pondok2 jah..

Dah byr ribu ribann xnaik pentas haruslaaa nangis wehh...gigihkan jela..pastu acah gastrik sakit perut padahal hampir bentan(ok ni kaka speku je)
Quote abadi84 4-1-2022 09:42 PM
Bell Ngasri yg berlakon lebih 20 thn pun blm dpt award.. ko spe??
Quote enot_sibudak 4-1-2022 10:01 PM
anugerah? bak kata Bell dia xpernh dpt pun... hahahaha.. mimpi la tya ooii

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-10-2022 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.078899 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top