Keanu Reeves menyumbang sejumlah besar pendapatannya daripada filem The Matrix bagi penyelidikan kanser. New York Post melaporkan, pelakon berusia 57 tahun itu dibayar sebanyak ASD10 juta (RM41,810,000) pendahuluan untuk filem sci-fi 1999 itu, sebelum memperoleh lebih ASD35 juta (RM146,335,000) apabila filem itu menjadi blockbuster box office.
Menurut Lad Bible, aktor itu menyumbangkan sebanyak 70 peratus daripada pendapatannya iaitu sebanyak ASD31.5 juta (RM131,701,500 ) untuk penyelidikan penyakit Leukimia. Reeves membuat sumbangan itu kerana adik perempuannya, Kim telah berjuang melawan penyakit berkenaan selama lapan tahun pada masa dia mula menderma.
Kim disahkan menghidap kanser darah pada 1991 dan menghabiskan satu dekad berjuang membuat rawatan. Reeves terus memberi sumbangan bagi penyelidikan pada tahun-tahun selepas Kim sembuh, malah turut membina dana kansernya sendiri. Dalam pada itu, dia juga secara diam-diam menubuhkan satu organisasi yang dilaporkan telah beroperasi bertahun-tahun tanpa sebarang perhatian. “Saya mempunyai organisasi swasta yang telah beroperasi selama lima atau enam tahun dan ia membantu beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser. “Saya tidak mahu meletakkan nama saya pada organisasi itu dan membiarkannya melakukan apa yang perlu dilakukan,” katanya. Sumber: Suara Merdeka
|
ADVERTISEMENT