CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kenapa Bagi Telekung Pada Mangsa Banjir?

4-1-2022 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2367| Komen: 15

Description: Cakna dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor, usahawan berjiwa nurani, Datin Aliza Abu Bakar tampil menghulurkan bantuan telekung bagi memudahkan mangsa mendirikan solat.
Cakna dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor, usahawan berjiwa nurani, Datin Aliza Abu Bakar tampil menghulurkan bantuan telekung bagi memudahkan mangsa mendirikan solat.


Menerusi program Munawwareen Prihatin, Aliza telah memberikan sebanyak 250 pasang telekung kepada mangsa banjir di kawasan terjejas dengan bencana alam itu.


Kredit foto: Hijabista

"Telekung adalah salah satu bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. Ini adalah untuk memudahkan muslimah-muslimah mengerjakan solat.

"Dalam keadaan banjir ini, pakaian semua dah hanyut. Ada yang kotor dan tak boleh cuci. Jadi bila ada telekung itu memudahkan solat.


"Memang pakaian biasa boleh digunakan untuk mengerjakan solat asalkan dah menutup aurat, tetapi dalam keadaan darurat sekarang tak semua pakaian yang ada itu boleh menutup aurat (untuk solat).


Kredit foto: Hijabista

"Bisnes saya pun berasaskan pakaian muslimah, jadi tiada salahnya jika saya menghulurkan bantuan telekung. Saya tak kisah apa netizen nak cakap, asalkan saya memudahkan orang.

"Dalam kesempatan ini, saya mengambil cara yang mudah untuk memberikan semua stok saya kepada mangsa banjir.

"Termasuk juga abaya (pakaian muslimah yang menutup aurat) saya tak mengutamakan telekung sahaja. Abaya pun saya sediakan (100 pasang)," katanya kepada Gempak.


Kredit foto: Hijabista

Pada Program Munawwareen Prihatin yang diadakan di Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini, pengasas Munawwareen Holdings Sdn Bhd itu juga menyerahkan 30 unit lampu solar buat mangsa banjir dan basikal elektronik (E Bike) untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas.

"Kami terlebih dahulu mengenal pasti situasi yang terjadi di beberapa kawasan terjejas banjir. Ada yang terputus bekalan elektrik, ada juga kawasan yang sukar untuk dimasuki oleh kenderaan kerana keadaan jalan yang tidak stabil selepas banjir.

"Jadi selain pakaian, kami menyumbangkan apa yang dirasakan sesuai. Kami memudahkan pihak PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (JPA) untuk membuat rondaan dengan memberikan E Bike.

"Lampu solar pula kami berikan berdasarkan pengalaman saya berulang alik lebih tiga kali ke Hulu Langat membantu mereka. Ia sangat membantu mereka yang terputus bekalan elektrik.

"Selain itu, sejumlah 23 barangan keperluan asas lain turut disumbangkan program kendalian Munawwareen seperti jaket keselamatan, tuala, sejadah, tong gas, dapur gas, pemanas air, pam air, tikar getah, khemah dan banyak lagi," tambahnya.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 4-1-2022 06:44 PM
Mmg la patut bagi.telekung pun dh habis kotor kna selut banjir...
At least duit bantuan gomen yg "juta2" dr hasil kayu balak boleh guna utk beli brg2 lain..
Lg elok bagi dgn sejadah sekali...
Quote ~boolean 4-1-2022 06:52 PM
Sebab memang ada permintaan...

waktu banjir di pata timur, team aku sedekahkan telekung dan barang keperluan perempuan...

walaupun tau telekung tu bukan wajib dipakai lagi2 bila darurat, tapi kalau dah ada orang minta dan kami pun ada yang sudi sedekah, bagi aja lah..
Quote Drmu 4-1-2022 06:58 PM
"Selain itu, sejumlah 23 barangan keperluan asas lain turut disumbangkan program kendalian Munawwareen seperti jaket keselamatan, tuala, sejadah, tong gas, dapur gas, pemanas air, pam air, tikar getah, khemah dan banyak lagi," tambahnya.

Tikar getah, tong gas pun ada.. nice huhu
Quote noor2 4-1-2022 07:14 PM
Bagus lah..mmg satu keperluan pun...ramai yg lain2 bantu barang lain2 kan...elokla dia bg telekung
Quote mbhcsf 4-1-2022 07:15 PM
bagilah apa apa yg mampu, i tengok KPUM pun bagi sejadah, telekung etc kat mangsa banjir.
Quote mbhcsf 4-1-2022 07:17 PM
i tak suek lah ada pihak akate dilarang NGO ke syarikat swasta ke bagi sumbangan direct kat mangsa banjir

apa salahnya , ikut suka depa lah itu barang sumbangan depa and itu depa punya hal lah . kenapa ada pihak keluarkan arahan sedemikian?

biarlah  org nak buat bakti.

kalau bagi direct lagi bagus , puas hati barang tu sampai kat kumpulan sasaran.
Quote ladybugz 4-1-2022 07:36 PM
i dpt WA yg dah forwarded byk kali, katanya mangsa banjir dah tak nak bantuan makanan kering terlalu byk sampai x tau dah nk simpan mana. terutamanya beras. mereka lebih memerlukan wang tunai. sy rasa ade logiknya sbb barang2 keperluan ni sbnrnya mungkin berbeza2 setiap keluarga. makanan mcm beras tu, mcmana diorg nk masak kalau dapur gas , periuk, tong gas or elektrik belum ada. mungkin wang tunai tu lebih berkesan utk tempat2 tertentu
Quote slyfynx 4-1-2022 07:42 PM
Eh, die bukan bagi pakai duit ko, and telekung kot.
Lain la kalau de hantar telekung dkt rumah non-muslim, atau hantar bikini ke rumah orang Islam.

Ko ade sumbang ape-ape x @CARI-MAL? Leh la share sikit dari gaji korang post thread "isu semasa" dari seberang sana kan.
Quote capiloton 4-1-2022 08:16 PM
wartawan forum kaki drama.
takde isu pun mau bikin title provoke orang dalam ni.
wartawan mana la korang amik ni forum oi,
low class

banyak lagi berita luar sana yang panas, tapi berfaedah.
Quote akies 4-1-2022 09:00 PM
Telekung tu satu keperluan apa.
Quote TeropongThaico 4-1-2022 09:37 PM
Isk... Isk... Isk ..
Lantak le dia nak bg apa pun. Duit dia kan. Lg pun telekung pun perlu juga sbb mesti byk yg dah kotor tak sempat nak diselamatkan..
Quote ketupatnasi 4-1-2022 09:40 PM
capiloton replied at 4-1-2022 08:16 PM
wartawan forum kaki drama.
takde isu pun mau bikin title provoke orang dalam ni.
wartawan mana la ko ...

Indeed. Skrg ni lagi la ketara desperado sensorang.
Quote iman_kasih 4-1-2022 10:24 PM
Haiya..bagi telekung pun salah ka? Nak sedekah pun kena ikut kehendak org jgk ke? Pelik.
Quote Decaffeinated 4-1-2022 10:46 PM
dah dia bisnes telekung, dia bagi lah telekung

kalau bisnes kain kapan then kita discuss lah

Quote matchstick 4-1-2022 10:53 PM
Takde sape pertikaikan pun kan..saje reputz karang ayat cara nk menarik org baca senarai barang yg disumbangkan, nama pihak yg bagi sumbangan, nama company/ brand, barang apa yg dia jual etc. Kiranye cara halus buat iklan kan ni

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.072406 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top