CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teruja Menjaring, Budak Main Air - Jangan Seronok Sangat 'Pesta Banjir'

4-1-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1339| Komen: 6

Description: Orang ramai tidak seharusnya menjadikan bencana banjir sebagai pesta air hingga sanggup menggadaikan nyawa dan keselamatan mereka.
Orang ramai tidak seharusnya menjadikan bencana banjir sebagai pesta air hingga sanggup menggadaikan nyawa dan keselamatan mereka.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Bomba (PgB) Rasidi Md Yunos berkata, ini kerana terdapat sebahagian individu menjadikan bencana banjir sesuatu yang menyeronokan dengan melakukan aktiviti seperti menjala ikan selain membenarkan anak mereka bermain banjir.


Sebahagian remaja melakukan aktiviti menjala tanpa memikirkan keselamatan

“Mereka ini melihat banjir ini sebagai satu pesta pula di mana masyarakat tanpa bersalah boleh buat TikTok tanpa memakai jaket keselamatan.


“Mereka ini boleh berlumba lagi naik bot kecil macam ada pesta pula. Ini satu sikap tidak baik atau tidak bagus untuk keselamatan pihak mereka jadi saya harap tolong patuhi arahan pihak berkuasa. Patuhi SOP.

“Saya ingin sekali lagi memberi nasihat pada semua patuhi arahan pihak berkuasa sebab kami di peringkat penyelamat mengambil berat nyawa rakyat. Sebab itu mana laluan tidak selamat kami tutup, kami telah buat lencongan jadi nasihat saya patuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.



Sejak hujan lebat berterusan selama empat hari, Segamat merupakan antara daerah yang teruk terjejas akibat banjir.

Sebanyak 901 keluarga dengan 3,989 mangsa banjir dipindahkan ke 52 Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di daerah tersebut.

Tinjauan di Kampung Alai mendapati terdapat remaja melakukan aktiviti menjala ikan dengan menaiki sampan tanpa memakai jaket keselamatan.


Mohd Firdaus Jamiran

Selain itu, turut kelihatan kanak-kanak bermain air banjir tanpa pengawasan orang dewasa.

Walaupun mereka mengakui aktiviti itu berbahaya namun golongan remaja yang ditemui memberikan alasan aktiviti menjala hanya sekadar menghabiskan waktu terluang.

Wan Abdul Hazeeq, 20, mengakui ibunya juga sentiasa menasihati beliau supaya berhati-hati.

“Sebab kita orang sudah biasa sebab setiap kali hujan ini semua, cuma sudah lama tidak banjir tetapi kali ini teruk sikitlah.

“Bahaya itu memang bahaya tetapi budak-budak kecil kita tidak bagilah,” katanya ketika ditemui di Kampung Alai, di sini.

Sementara itu, Mohammad Firdaus Jamiran, 21, mengakui apa yang dilakukan mengabaikan aspek keselamatan.

“Banjir-banjir ini memang kita memancing dan menjaring sebab air sudah naik di situ.

“Memang keselamatan sangat penting, jangan abai aspek semua ini,” katanya.

Menurutnya, ikan keli dan ikan lampam merupakan antara ikan yang boleh diperoleh hasil daripada menjaring. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 4-1-2022 10:49 PM
Takut pula kalau ada ular atau serangga berbisa..buaya ke..huhu
Quote RinIna 5-1-2022 10:14 AM
Air banjir kan kotor.. x pasal dapat penyakit
Quote Artemesiaa 5-1-2022 04:02 PM
Nasihat keselamatan ketika banjir macam ni eloklah patuhi
Quote zuraidah1 5-1-2022 05:18 PM
Blakang umah aku air sg melimpah Naik skit LG nk banjir aku xlalu nk berendam tah Ada pacat lintah ulor..ni kn nk berpesta idok le teman air keruh cm teh ais tu..
Quote dani-rox 5-1-2022 07:36 PM
air banjir kan penuh dgn bakteria dan kuman membawa penyakit - kolera, typhoid, jangkitan kencing tikus etc
Quote Jitu 5-1-2022 07:53 PM
tak minat langsung aku memancing dgn menjala ni walaupun aku org kampung
pastu nak redah air mcm tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042281 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top