CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Keanu Reeves Sumbang 70 Peratus Pendapatan 'The Matrix' Bagi Penyelidikan Kanser

4-1-2022 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 531| Komen: 5

Description: Keanu Reeves menyumbang sejumlah besar pendapatannya daripada filem The Matrix bagi penyelidikan kanser.
Keanu Reeves menyumbang sejumlah besar pendapatannya daripada filem The Matrix bagi penyelidikan kanser.

New York Post melaporkan, pelakon berusia 57 tahun itu dibayar sebanyak ASD10 juta (RM41,810,000) pendahuluan untuk filem sci-fi 1999 itu, sebelum memperoleh lebih ASD35 juta (RM146,335,000) apabila filem itu menjadi blockbuster box office.



Kredit foto: Pinkvilla

Menurut Lad Bible, aktor itu menyumbangkan sebanyak 70 peratus daripada pendapatannya iaitu sebanyak ASD31.5 juta (RM131,701,500 ) untuk penyelidikan penyakit Leukimia.

Reeves membuat sumbangan itu kerana adik perempuannya, Kim telah berjuang melawan penyakit berkenaan selama lapan tahun pada masa dia mula menderma.


Kim disahkan menghidap kanser darah pada 1991 dan menghabiskan satu dekad berjuang membuat rawatan.

Reeves terus memberi sumbangan bagi penyelidikan pada tahun-tahun selepas Kim sembuh, malah turut membina dana kansernya sendiri.

Dalam pada itu, dia juga secara diam-diam menubuhkan satu organisasi yang dilaporkan telah beroperasi bertahun-tahun tanpa sebarang perhatian.


Kredit foto: IMDb

“Saya mempunyai organisasi swasta yang telah beroperasi selama lima atau enam tahun dan ia membantu beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser.

“Saya tidak mahu meletakkan nama saya pada organisasi itu dan membiarkannya melakukan apa yang perlu dilakukan,” katanya. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 5-1-2022 01:32 AM
Edited by Levespa at 4-1-2022 05:35 PM

dahla hensem, humble, pemurah pulak tu.. adik dia bekas pesakit kanser.. sayang betul dia kat adik dia tu..
Quote babelina 5-1-2022 09:44 AM
aku sgt2 suka dia nie.. baik sgt.. byk citer2 kebaikkan dia nie..
Quote nadie90 6-1-2022 08:36 PM
Ssh nak nmpk komen org xsuka kat pakcik ni.....wlpun nmpk mcm keseorgn ja sebelum ni tapi xpun.....chill ja dgn life sndiri.....akan kluar kat media dan buat promosi bila ada berlakon filem baru.....moga panjang umur pakcik KR
Quote Artemesiaa 7-1-2022 05:46 PM
Usaha yang baik harus dipuji
Quote my_irina 8-1-2022 03:30 PM
dari kecik smp hampir sebaya i olls still ship KR forever!!!!

baru ni tgk dkt tiktok....Drew Barrymore bitau yang dia bukan fighter dia adalah lover ...
pehtu KR jwb no...if u r a lover you have to be a fighter..
DB tanye apehal lak....KR jwb coz if u don't fight for ur love...what kind of love do you have?

pehhhhhhhhhhhhhh....terus KR bangun malu2...suwitttttt sgt!!! aihhhhh

Lihat semua komen(5)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.073768 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top