CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Baru Lahir Dalam Tong Sampah Tandas Kapal Terbang

4-1-2022 05:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1621| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Sumber: BBCSeorang petugas di lapangn terbang Mauritius, Afrika Timur menjumpai bayi baru dilahirkan dalam tong sampah di dalam tandas kapal terbang.Suspek wanita berusia 20 tahun yang melahirkan anak ...
Sumber: BBC

Seorang petugas di lapangan terbang Mauritius, Afrika Timur menjumpai bayi baru dilahirkan di dalam tong sampah tandas kapal terbang.


Ekoran kejadian, suspek wanita berusia 20 tahun yang melahirkan anak ketika dalam penerbangan sudahpun ditahan untuk siasatan lanjut.


BBC melaporkan, pesawat Air Mauritius yang tiba dari Madagascar, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam pada 1 Januari lalu.


Pegawai lapangan terbang menemui bayi berkenaan ketika membuat pemeriksaan rutin kastam sebelum mereka membawa bayi itu ke hospital untuk rawatan.


Wanita yang disyaki ibu kepada bayi tersebut pada mulanya menafikan perbuatannya itu, namun setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan, doktor mengesahkan dia baru saja melahirkan anak.


Dia yang tiba di Mauritius dengan permit kerja dua tahun diletakkan di bawah pengawasan polis di hospital dan akan disoal siasat atas kesalahan buang bayi.


Difahamkan, kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 4-1-2022 07:35 PM
teran tinggal...syabas
Quote hareeeesah 4-1-2022 10:07 PM
Senangpulak tak sakit ke acane tu?? Boleh lepas lagi naik plane pulak tu takde surat

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.233371 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top