CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Simpan Atau Lepaskan, Bunuh Kalau Jumpa Ikan Invasif

4-1-2022 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3518| Komen: 16

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini turut menyaksikan ramai pemancing meraih ikan tertentu dibawa arus dari kolam ternakan atau hulu sungai.


Bagaimanapun, ada spesies merupakan ikan asing invasif yang amat berbahaya dan termasuk dalam senarai larangan diimport ke Malaysia kerana banyak implikasi buruknya.


Tangkap layar infografik Jabatan Perikanan Malaysia mengenai ikan asing invasif.

Justeru, Jabatan Perikanan memohon orang ramai agar peka sekiranya tertangkap atau terjumpa ikan tersebut dengan tidak menyimpannya atau dilepaskan ke perairan umum.

Sebaliknya, masyarakat diminta segera melupuskannya kerana adalah salah membela ikan larangan di bawah Akta Perikanan 1985.

Jabatan itu dalam hantaran di Facebooknya hari ini turut memuat naik infografik imej ikan berkenaan antaranya bawal merah atau pacu, salmon, trout, arapaima, sturgeon, flower horn, silver dollar, northern pike, dragon fish dan ikan buaya.

Tidak ketinggalan ialah enam jenis piranha dari baka Serrasalmus, Serrasalmo, Pygocentrus, Catoprian, Pygopristis dan Pristobrycon serta udang galah dikenali common yabby atau Cherax.

Mengulas lanjut, jabatan itu berkata, jika sabit kesalahan mengikut Peraturan Perikanan (Pindaan 2011), si pelakunya boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam tahun.

“Spesies akuatik asing berbahaya merupakan isu global kerana merentas sempadan dan boleh mengakibatkan impak negatif kepada negara di peringkat serantau,” tegas agensi berkenaan.

Ikan ini berupaya memusnah dan mengubah ekosistem yang dicerobohinya sehingga menyebabkan kepupusan spesies tempatan serta menggugat jaminan keselamatan makanan domestik.

Ia bahkan mengancam kemandirian sumber biodiversiti dan kos kerugian tinggi akibat berlaku kemerosotan sumber akuatik asli disebabkan kemasukan patogen eksotik oleh spesies asing. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 4-1-2022 02:39 PM
salmon, trout, sturgeon tu mustahil la boleh hidup kat sini. cuma penah nampak org bela sturgeon jek. tu pun kemain leceh nak bela.
Quote Samerosie 4-1-2022 02:44 PM
Salmon and trout kalau saya jumpa buat masak asam podas je la jawab nya.
Quote Orix 4-1-2022 02:49 PM
eh iols tnampak ikan flower horn
Quote ultra78 4-1-2022 03:20 PM
Sturgeon tu ada dibela dalam kolam di Malaysia untuk dapatkan telur. Kalau jumpa dalam sungai tu tandanya ikan tu terlepas atau dilepaskan dengan sengaja.
Quote ally9970 4-1-2022 03:37 PM
PB tu ramai jer yg bela...
Quote kakikuDibibirmu 4-1-2022 03:39 PM
Akak lagi suka bela anak ikan
Quote mamajawie 4-1-2022 03:47 PM
nampak je ikan2 tu watpe nk lupuskan? baik goreng x pun masak kari ke asam pedas pun sodapppp
Quote manehnya 4-1-2022 04:29 PM
kalau dpt salmon, aku makan sorang
Quote cmf_PariS 4-1-2022 04:32 PM
tk lalu nk makan ikan skrg tah kenapa..
Quote Artemesiaa 4-1-2022 04:34 PM
Musim banjir ni eloklah perhatikan2 bimbang ada yang terlepas dari akuarium atau kolam pasti membahayakan.  Baru2 ramai yang jumpa dan tangkap arapaima dalam air banjir.
Quote Simunggu 4-1-2022 04:56 PM
Ikan-Ikan mcm mana?
Quote Abahmung 4-1-2022 04:57 PM
Ikan puyu kita pula dianggap spesis invasif di europe,Australia..
Quote prettyuglybabe 4-1-2022 05:21 PM
ikan piranha pun ada? serious la..
ngeri terbayang celup kaki dalam sungai angkat-angkat tinggal tulang
Quote chandrahusin 4-1-2022 05:31 PM
goreng pun sodap
Quote TeropongThaico 4-1-2022 05:40 PM
Tak pandai nak mengenal jenis ikan. Makan je yg pandai
Quote kitmal 4-1-2022 05:42 PM
pacu tu ramai saja yang jual kat kedai...katanya bawal emas

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040570 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top