CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Galak Jadi Punca 100 Kediaman Di Korea Selatan Terbakar

4-1-2022 04:42 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1370| Komen: 1|Original author: Agent13k

Description: Pemilik kucing di Korea Selatan dinasihatkan Jabatan Bomba Korea Selatan untuk mencabut wayar barangan elektrik mereka apabila tidak digunakan berikutan lebih 100 kebakaran rumah membabitkan kucing da ...
Pemilik kucing di Korea Selatan dinasihatkan Jabatan Bomba Korea Selatan untuk mencabut wayar barangan elektrik mereka apabila tidak digunakan berikutan lebih 100 kebakaran rumah membabitkan kucing dalam tempoh tiga tahun. 

Satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul pada Khamis mendakwa antara Januari 2019 hingga November 2021, kucing dipercayai memulakan kebakaran dengan menghidupkan dapur elektrik menyebabkan 107 kediaman terbakar.


kredit foto: Renderosity

Menurut Insider, haiwan itu boleh menghidupkan dapur elektrik dengan melompat pada butang sensitif sentuhan dan setelah terlalu panas, peralatan akan terbakar. 

"Empat cedera dalam kebakaran terbabit dan lebih separuh daripada kebakaran itu berlaku ketika pemilik haiwan peliharaan berkenaan tiada di rumah.

"Hingga kini, kebakaran disebabkan kucing peliharaan terus berlaku," kata jurucakap jabatan itu, Chung Gyo-chul.


 
Jabatan itu juga menasihati pemilik kucing untuk mengalihkan bahan mudah terbakar seperti tisu dari dapur dan mencadangkan untuk mengurangkan penggunaan elektrik, sentiasa menutup serta mencabut wayar barangan eletrik bagi mencegah risiko kebakaran.


kredit foto: NYPost

Tambah kenyataan itu, kebakaran rumah membabitkan haiwan peliharaan meningkat di Seoul. Sejumlah 31 kebakaran seperti itu berlaku antara Januari dan September 2019. Ia peningkatan yang ketara berbanding hanya lapan kebakaran pada tahun 2016 dan sebilangan besar daripadanya disebabkan kucing. 

Kucing kalau datang galak dia, terutama bila 'ramai kawan', memang huru-hara satu rumah dibuatnya! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-1-2022 05:07 PM
Eloklah ikut saranan yang diberi oleh pihak keselamatan tu.  Kucing zaman sekarang banyak yang makin cerdik suka tiru apa yang tuannya lakukan, sebab ia hanya dirumah tak perlu keluar memburu lagi untuk makanan.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071766 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top