CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kertas Periksa Ditanda Elon Musk Dibida RM32,701

10-12-2021 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1825| Komen: 3

Sebuah firma lelongan di bandar raya Boston, Amerika Syarikat  mencatat bidaan tinggi bagi memorabilia berupa kertas peperiksaan Universiti Pennsylvania yang ditanda bilionair syarikat Tesla, Elon Musk, lapor agensi berita United Press International semalam.


Kertas peperiksaan itu dilelong kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga AS$7,753 (RM32,701).


Kredit foto: RR Auction

Firma lelongan RR Auctions berkata, kertas peperiksaan  itu yang ditulis pada 1995 oleh bekas pelajar, Brian Thomas ditanda oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan pengasas SpaceX tersebut ketika Musk merupakan pembantu kepada Profesor Myles Bass di Fakulti Perniagaan Wharton,  Universiti Pennsylvania.


Kertas itu ditanda oleh Musk yang hanya menulis  satu ulasan pada dokumen itu berupa perkataan ‘graphic’ sebagai tindak balas kepada kata-kata kesat yang digunakan oleh pelajar itu ketika menjawab soalan peperiksaan itu.


Kredit foto: RR Auction

Sementara itu, Thomas berkata,  dia tidak ingat akan kehadiran Musk di dalam kelas, namun dia menyimpan kertas itu selama bertahun-tahun kerana kenangan indahnya tentang Bass.


Kredit foto: RR Auction

Dia juga berkata, anaknya yang menyedari kertas peperiksaan itu telah ditanda  oleh ahli perniagaan terkenal itu yang juga manusia kedua terkaya di dunia selepas Jeff Bezos.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 10-12-2021 08:22 PM
Shit itu bukan bahasa rasmi english...

Si student ni pun satu, ikut pala sendiri aje.
Quote Thunderclouds 10-12-2021 09:01 PM
Oooo..dia penah jadik TA. Nk p tgk blk lar video wawancara mak dia gembala ank 3 ketoi semua mjadi tnpa amalkn mknan sunnah. Hehe
Quote Orix 12-12-2021 01:34 AM
Thunderclouds: Oooo..dia penah jadik TA. Nk p ...


Ouch. Bukan takat makanan sunnah. Siap makan babi tonggang arak makan makanan x sembelih. Ummah suci yg x makan babi x minum arak makan makanan sembelih yg mcm xde hati perut buli orang la, bunuh tekap dgan seterika la dan pelbagai. Kau ghaserrr

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.084044 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top