|
View: 898|Reply: 3
|
Kertas Periksa Ditanda Elon Musk Dibida RM32,701
[Copy link]
|
|
|
Sebuah firma lelongan di bandar raya Boston, Amerika Syarikat mencatat bidaan tinggi bagi memorabilia berupa kertas peperiksaan Universiti Pennsylvania yang ditanda bilionair syarikat Tesla, Elon Musk, lapor agensi berita United Press International semalam.
Kertas peperiksaan itu dilelong kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga AS$7,753 (RM32,701).
Kredit foto: RR Auction
Firma lelongan RR Auctions berkata, kertas peperiksaan itu yang ditulis pada 1995 oleh bekas pelajar, Brian Thomas ditanda oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan pengasas SpaceX tersebut ketika Musk merupakan pembantu kepada Profesor Myles Bass di Fakulti Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania.
Kertas itu ditanda oleh Musk yang hanya menulis satu ulasan pada dokumen itu berupa perkataan ‘graphic’ sebagai tindak balas kepada kata-kata kesat yang digunakan oleh pelajar itu ketika menjawab soalan peperiksaan itu.
 Kredit foto: RR Auction
Sementara itu, Thomas berkata, dia tidak ingat akan kehadiran Musk di dalam kelas, namun dia menyimpan kertas itu selama bertahun-tahun kerana kenangan indahnya tentang Bass.
 Kredit foto: RR Auction
Dia juga berkata, anaknya yang menyedari kertas peperiksaan itu telah ditanda oleh ahli perniagaan terkenal itu yang juga manusia kedua terkaya di dunia selepas Jeff Bezos.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Shit itu bukan bahasa rasmi english...
Si student ni pun satu, ikut pala sendiri aje. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oooo..dia penah jadik TA. Nk p tgk blk lar video wawancara mak dia gembala ank 3 ketoi semua mjadi tnpa amalkn mknan sunnah. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds: Oooo..dia penah jadik TA. Nk p ...
Ouch. Bukan takat makanan sunnah. Siap makan babi tonggang arak makan makanan x sembelih. Ummah suci yg x makan babi x minum arak makan makanan sembelih yg mcm xde hati perut buli orang la, bunuh tekap dgan seterika la dan pelbagai. Kau ghaserrr |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|