CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan Ujian PCR Semalam Berbeza Dengan Hari Ini? Petugas Makmal Ini Kongsi Jawapannya

10-12-2021 11:20 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2058| Komen: 5




SHAH ALAM - Setelah hampir dua tahun pandemik Covid-19 melanda dunia, dunia kini memasuki fasa endemik dengan kadar purata kes harian yang semakin menurun dan terkawal.

Banyak sektor sudah mula dibuka sejak Oktober lalu dan dengan pembukaan sektor tersebut, orang ramai masih perlu mematuhi SOP dan membuat ujian saringan terutamanya sebelum bekerja. 

Namun, sering kali kita mendengar tentang keputusan PCR Covid-19 berlaku perbezaan yang ketara contohnya ujian Covid-19 hari ini keputusannya adalah negatif namun keesokan harinya pula positif?

Bagi menjawab kenapa situasi ini berlaku, mari kita dengar penjelasan daripada Muhammad Noor, pengguna TikTok Pak Cik Bakar Baharom yang merupakan seorang petugas makmal dalam sektor perubatan.


Menurutnya, jika pesakit pernah dijangkiti wabak Covid-19, keputusan ujian akan positif sehingga dua ke tiga bulan selepas itu. Dalam rekod PCR, pihak makmal tidak akan menulis sama ada ia ‘reactive’ atau positif sebaliknya ‘dikesan’ atau ‘tidak dikesan’.

“Jadi kenapa harini saya buat positif dan semalam negatif?”

Jawapannya adalah ia sebenarnya bergantung sama ada virus itu ada dalam badan atau bergantung kepada ‘tukang ambil sample’ itu juga. Ia akan jadi bermacam-macam faktor.



Sementara itu dalam perkembangan terbaharu mengenai Covid-19, England kini melaksanakan sekatan lebih ketat dan mengeluarkan semula arahan bekerja dari rumah ekoran penularan varian Omicron. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 10-12-2021 11:33 AM
Dia ni pro antivaxx  kan? Tp xtau la  dia amik gak ke tidak vaksin tp status dia selalu mengata KKM dan frontliner yg lain.


kawan2 iols yg antivaxx pun selalu je bertunggu tangga kat fb dia.


Quote cmf_ctrl 10-12-2021 12:41 PM
boleh pulak samakan sauk jentik2 ditempat sama tapi hasil berbeza sebab tukang ambil sample.dah kalau memang ada virus dalam badan tak kan virus dok main kat kaki je.kena goncang2 badan dulu baru naik ke hidung?
Quote Normabaru 10-12-2021 01:03 PM
Masalahnya Skrg kajian vaksin msia ni bila nk siap
Quote KIM.K 10-12-2021 01:20 PM
Ko nak kata ali tak reti extrak RNA
Kau je reti extrak RNA?
Orang pakai air suling ko pakai air rnase?
Quote KIM.K 10-12-2021 01:21 PM
cmf_ctrl replied at 10-12-2021 12:41 PM
boleh pulak samakan sauk jentik2 ditempat sama tapi hasil berbeza sebab tukang ambil sample.dah kala ...

Maksud dia salah buat langkah eksperimen

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039712 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top