CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Nak Menang Ratu Cantik, Unta Pun Disuntik Botox

10-12-2021 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 647| Komen: 3

Description: Riyadh: Demi merebut hadiah wang tunai AS$66 juta (RM277.99 juta), pemilik unta sanggup melakukan 'pembedahan kecantikan' dan menyuntik botox ke atas ternakan mereka.
Riyadh: Demi merebut hadiah wang tunai AS$66 juta (RM277.99 juta), pemilik unta sanggup melakukan 'pembedahan kecantikan' dan menyuntik botox ke atas ternakan mereka.


Tindakan itu supaya unta mereka lebih cantik, sekali gus berpeluang memenangi pertandingan 'ratu cantik unta' yang menjadi acara tahunan popular Arab Saudi.

Bagaimanapun, Saudi Press Agency (SPA) pada Rabu melaporkan penganjur Festival Unta Raja Abdulaziz mengetatkan syarat pertandingan termasuk menolak penyertaan 40 unta yang ditambah baik dan disuntik botox.


Foto: AFP

Juri pertandingan itu yang berlangsung sebulan di padang pasir timur laut Riyadh turut menggunakan teknologi khas dan lebih terkini untuk mengesan penipuan.


Mereka memilih unta tercantik berdasarkan bentuk kepala, tengkuk, bonggol, postur badan semula jadi dan aksesori.

Tahun ini, pihak berkuasa mengesan perubahan pada hidung dan bibir terhadap puluhan unta, dengan ternakan itu disuntik hormon untuk menguatkan otot selain botox pada kepala dan bibir agar kelihatan lebih besar.

Terdapat unta yang badannya lebih berisi kerana tambahan lain.

"Penganjur bersungguh dalam menghentikan sebarang bentuk penipuan dalam mencantikkan unta," lapor SPA yang menambah hukuman tegas, penalti akan dikenakan kepada pesalah.

Pertandingan unta tercantik adalah acara utama bagi karnival besar-besaran itu yang turut membabitkan perlumbaan unta, jualan dan aktiviti festival lain.

Program bertujuan mengekalkan peranan unta dalam tradisi dan warisan kerajaan Badwi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 10-12-2021 10:58 AM
ereb
Quote Tokeybundle 10-12-2021 02:04 PM
Jadi unta pun x selamat
Quote syamzana 10-12-2021 02:07 PM
back to jahilliah

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.068945 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top