Tirai Gegar Vaganza 2021 atau juga dikenali sebagai Gegar Vaganza 8 (GV8) telahpun membuka tirainya di Putrajaya International Centre (PICC) dengan menyaksikan 13 penyanyi popular pelbagai latar belakang membuat persembahan lagu hits mereka.
Lebih menghiburkan, Gegar Vaganza juga kembali ‘hidup’ dengan kemunculan wakil-wakil kelab peminat peserta selepas musim lalu diadakan tanpa penonton. Meskipun dalam skala kecil bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun dewan PICC tetap meriah dengan sokongan peminat.
Malah, buat julung kalinya segmen Ada Lagu Ada Lagi memperlihatkan hanya empat peserta akan bergilir-gilir di atas pentas bagi mematuhi SOP. Bagi minggu pertama, penyanyi Aliff Aziz yang membawakan lagu Sayang Sayang muncul di tempat pertama dengan perolehan markah tertinggi sebanyak 74.60% manakala pelantun Asmara Ini, Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan terakhir dengan pungutan mata hanya 53.60%
|
GRED SPM
Aliff Aziz – Sayang Sayang (74.60%) : A-
Adibah Noor – Terlalu Istimewa (73.00%) : A-
Bandi Amuk – Akar & Bumi (71.00%) : A-
Nikki Palikat – Caramu (68.20) : B+
Aweera – Romancinta (66.80%) : B+
Suki Low – Terlalu Mencintaimu -( 66.20%) B+
Saiful Apek & Yassin(SAYa) – Aspalela & Cari Tapak (59.90%) : C+
Shidee – Semuanya Sudah Terlambat – (59.80%) : C+
Upiak Isil – Tak Tun Tuang – (59.30%) : C+
Ani Maiyuni – Sedap – (57.40%) : C+
Azan Scan – Kau Dipaksa Aku Terpaksa – (54.70%) : C
Nico – Inilah Nasibku – (54.00%) : C
Datuk Fazley Yaakob – Asmara Ini – (53.60%) : C
mojarean_X replied at 23-11-2021 01:51 AM
Tp dari segi PR dia baguslah, dia x melatah. In fact, dia minta maaf atas persembahan dia. Tu je yg ...
doubleharmonic replied at 23-11-2021 09:49 AM
markah kesian jah pon kan untuk asrama tu? apooo nyanyi macam babi jah tapi masih boleh dapat C? eh ...
mawarkhayalan99 replied at 23-11-2021 10:22 AM
lambatnya wartawan cari hapdetttt
gujiwa replied at 23-11-2021 03:02 AM
kenapa dengan anak2x heols? ada masalah ke?
ADVERTISEMENT