Tirai Gegar Vaganza 2021 atau juga dikenali sebagai Gegar Vaganza 8 (GV8) telahpun membuka tirainya di Putrajaya International Centre (PICC) dengan menyaksikan 13 penyanyi popular pelbagai latar belakang membuat persembahan lagu hits mereka.
Lebih menghiburkan, Gegar Vaganza juga kembali ‘hidup’ dengan kemunculan wakil-wakil kelab peminat peserta selepas musim lalu diadakan tanpa penonton.
Kredit foto: IG Aliff Aziz
Meskipun dalam skala kecil bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun dewan PICC tetap meriah dengan sokongan peminat.
Malah, buat julung kalinya segmen Ada Lagu Ada Lagi memperlihatkan hanya empat peserta akan bergilir-gilir di atas pentas bagi mematuhi SOP.
Kredit foto: IG Aliff Aziz
Bagi minggu pertama, penyanyi Aliff Aziz yang membawakan lagu Sayang Sayang muncul di tempat pertama dengan perolehan markah tertinggi sebanyak 74.60% manakala pelantun Asmara Ini, Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan terakhir dengan pungutan mata hanya 53.60%
Aliff Aziz – Sayang Sayang (74.60%)
Adibah Noor – Terlalu Istimewa (73.00%)
Bandi Amuk – Akar & Bumi (71.00%)
Nikki Palikat – Caramu (68.20)
Aweera – Romancinta (66.80%)
Suki Low – Terlalu Mencintaimu -( 66.20%)
Saiful Apek & Yassin(SAYa) – Aspalela & Cari Tapak (59.90%)
Shidee – Semuanya Sudah Terlambat – (59.80%)
Upiak Isil – Tak Tun Tuang – (59.30%)
Ani Maiyuni – Sedap – (57.40%)
Azan Scan – Kau Dipaksa Aku Terpaksa – (54.70%)
Nico – Inilah Nasibku – (54.00%)
Datuk Fazley Yaakob – Asmara Ini – (53.60%)
Sumber: Murai
|