Seorang lelaki cekal mencari nafkah dengan menjadi ‘manusia perak’ walaupun matanya mengalami alahan dan luka akibat cat perak yang disapu di mukanya.
Lapor Kompas.com, Giarto terpaksa memilih pekerjaan itu dengan mengecat semua bahagian tubuhnya kerana tuntutan ekonomi. Pemuda berusia 27 tahun berasal dari Desa Kalangan itu memberitahu sebelum ini dia pernah bekerja sebagai buruh binaan sebelum diberhentikan akibat pandemik Covid-19. “Sudah dua tahun saya memilih menjadi manusia perak demi memberikan nafkah kepada isteri dan anak.
“Bukan sahaja mencari pendapatan di Blora, saya juga pergi ke Kabupaten Kudus dan Pati. Kadang-kadang bersama kawan-kawan, adakalanya bersendirian,” katanya. Giarto berkata, dia mengambil masa selama tiga jam untuk mengecat badannya dengan warna perak. Katanya, dia mampu meraih pendapatan sebanyak 200,000 rupiah (RM58) sehari dan paling minimum adalah 20,000 (RM5.80) rupiah jika cuaca hujan. Sumber: Utusan
|
slyfynx replied at 18-11-2021 09:32 PM
One berita seberang a day keeps the salary of wartawan cari all the way.
Aku sungguh2 x paham ape i ...
anakjiran replied at 18-11-2021 08:24 PM
Siapa cipta dulu manusia perak emas semua ni. Malaysia ke indon.. First time aku tengok kat malaysia ...
ADVERTISEMENT